Klik di sini..

Thursday, October 8, 2009

Guru Besar..

Di FB saya telah bertemu dengan bekas guru besar saya masa saya darjah 2 dulu..
terima kasih atas segala jasa & pengorbanan beliau kepada saya & rakan2..
saya doakan moga beliau sentiasa sihat sejahtera & bahagia dalam hidup beliau..
ini antara e-mail beliau kepada saya..

E-mail 1
Saya ada murid yang pernah saya ajar di SK Tandik, Kota Marudu bernama Marianah. Ada kah ini Marianah yang sama?

E-mail 2
Syukurlah. Kau jadi juga murid yang baik. Lama sudah aku tak bertemu dengan bekas murid murid ku di Tandik. Rindu juga dengan mereka. Guru guru zaman kami mungkin berbeza dengan sekarang.Dulu saya anggap semua murid itu sebagai anak anak kandung saya. Itu lah sebabnya ramai juga murid murid yang manja dengan saya walaupun saya seorang guru yang tegas. Saya amat pentingkan kecemerlangan pelajar dan masa depan mereka waktu itu. Tiada siapa yang tahu saya lah yang kuat melobi Pengarah Pelajaran Sabah untuk mewujudkan SMK Tandik. Kalau mahu tahu cerita sebenar tanya Saibon Ampalan yang saya suruh jumpa mendiang James Ongkili menteri yang jaga hal ehwal pendidikan di Sabah waktu itu. Aku puas hati akhirnya kementerian bangunkan smk Tandik. Sampaikan salam ku pada semua bekas murid murid ku di Tandik. Aku rindukan semua mereka.


E-mail 3
Terimakasih atas ingatan itu. Saya amat menghargainya. Saya harap semua bekas murid murid saya di Tandik mendapat kejayaan dalam bidang masing masing.Untuk pengatahuan Marianah dan bekas murid murid saya yang lain saya sudahpu bersara. April tahun lepas. Buat masa sekarang ini syukur alhamdulillah saya sihat dan belum ada tanda tanda seperti darah tinggi, masalah jantung, kencing manis dan lain lain. Tiap pagi saya jadi driver hantar isteri ke sekolah. Lepas itu saya lepak di kebun semantara menanti isteri pulang.Sebelah petang pula kami selalunya bermesra dengan pokok buah buahan di kebun.
Kebun itu lah taman hiburan kami.

2 comments:

wani said...

ala k na,,bergenang airmata saya bc email dr x-gb akak..punya la bagus guru2 veteran ni..kita ni blom tentu telus dan ikhlas mcm beliau kan kak..moga beliau dipanjangkan umor...dan diberikan kesihatan yg baik

MarZ said...

tu la wani..sudah >30tahun pun beliau masih ingat kakak lagi..tharu betul..