Klik di sini..
Friday, July 31, 2009
Thursday, July 30, 2009
Info....
Kementerian Kesihatan Malaysia
INFLUENZA A (H1N1)
SOALAN-SOALAN LAZIM
A. Berkenaan Penyakit
1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung
dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal
dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009
dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan www.who.int.
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit
kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau
cirit birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaanpermukaan
(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan
dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit
atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair
pesakit.
5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak
6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
• SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.
7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.
8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.
B. Berkenaan Vaksin
1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?
Belum ada.
2. Adakah vaksin baru akan dicipta?
Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.
3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?
Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.
C. Berkenaan Rawatan
1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat
Influenza A (H1N1).
2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?
Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi
perlindungan sepertimana vaksin.
D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)
1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?
Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul
(160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.
E. Berkenaan perjalanan ke luar negara
1. Bolehkah kita ke luar negara?
WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun
perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak
ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkah-langkah
perlindungan diri yang sesuai mesti diambil.
Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit
setelah pulang, segera dapatkan rawatan.
F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik
1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?
Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2
negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan
(sustained human to human transmission)?
Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan
daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu
C.
3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case)
dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?
• Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema
seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian
influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang
‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.
• Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian
makmal.
4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik?
Pada fasa 6.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian
Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my
www.moh.gov.my
(02 Mei 2009/versi 2.0)

Tuesday, July 28, 2009
Monday, July 27, 2009
Sunday, July 26, 2009
Saturday, July 25, 2009
Kenduri Kahwin lagi...
tengahari tadi pergi kenduri kahwin rumah PP aku dgn kawan2..anak dia kahwin..tp sebab seronok sangat makan sampai terlupa ambil gambar...Tahniah kak rosnah sebab terima menantu..
selamat berbahagia untuk pasangan pengantin.........

Wednesday, July 22, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Kelima....
I love seeing your eyes light up and a smile on your face, because nothing in this world means more to me than your happiness.. And if all my wishes come true for you today, then you and I will be sharing the brightest smiles - just as we share the brightest love!
HAPPY BIRTHDAY!!
Keempat...
Tiada satu hari yg berlalu tanpa aku memikirkan tentang dirumu... Apabila aku barada jauh daripada dirumu aku cuba mengisi masa lapangku melalui pelbagai cara.... Namun yg pasti engkau sentiasa terbayang di dalam hati. Amat jelas engkau sudah menjadi sebahagian penting diri ini. Buktinya jika engkau tiada di sisiku, dunia ini seolah-olah tidak berputar lagi. Segala-galanya tidak akan berjalan seperti biasa kecuali apabila engkau kembali ke pangkuanku.
Ketiga..
I can't always find the right words at the right time,
and I don't really go in for a lot of sentimental stuff,
but I do want you to know that you're special to me,
"And I Care About You Very Much"
Kedua...
Although there are miles between us,
we share memories that time or distance can't erase...
So even though we're not together today,
hope you know that warmest thoughts and wishes are with you still.
Pertama..
You reached out a hand to me in friendship,
and I took it.
And I'm so glad I did,
At a time in my life
when I felt i had nowhere to turn,
You were someone to turn to--
when I felt I could't go on,
you kept me going.
Through it all,
you were there beside me
with your support,
your friendship, and your love,
And I will always be grateful
for that.
Sunday, July 19, 2009
Relaxing Body Massage
(tangga menuju ke tempat tu) tadi aku buat 'relaxing body massage' di satu pusat reflexology..
tempat tu cantik, aman & nyaman..memang betul2 merehatkan minda..
buat body scrub,body massage & hot stone treatment selama 2 jam baru rm90..
sekarang ni rasa sedap ja badan ni..memang berbaloi...
lain kali aku mau p lagi..
macam2 rawatan yg dibuat di situ tau..
Friday, July 17, 2009
1 Malaysia...
Kematian...
meninggal dunia dalam usia yg masih muda, dlm keadaan yg sihat walafiat..
meninggalkan isteri yg masih muda & anak2 yg masih kecil..
kepada semua saudara2 ku, jaga la kesihatan..
sentiasa berjaga-jaga...
Majlis Penyampaian KWAPM
hari ni ada majlis penyerahan KWAPM kpd murid2 yg layak tp sayang gambar2 yg aku ambil semua blur...majlis dibuat di dewan sekolah sebelah & disempurnakan oleh YB Datuk Hajjah Jainab... penat la sangat2.. dari jam6.30 pg aku di sekolah..jam6.00 ptg baru sampai rumah...
Subscribe to:
Posts (Atom)