Klik di sini..

Friday, December 31, 2010

Terima kasih..

"AHBDAB @ a"
terima kasih kerana selalu berkunjung..
kunjunganmu sentiasa dialu-alukan..

Ku Ada Kamu..




Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

< Adira AF8 >

Untuk tatapan anak-anakku..

Sesungguhnya tiada siapa menyangka, seorang pemuda berusia 17 tahun mencatatkan sejarah tersendiri apabila muncul sebagai insan pertama dari suku Dusun Kimaragang yang berjaya menjejakkan kaki ke Singapura pada tahun 1954. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Hj.Zulkifle Majun @Muralang yang kini menetap di pekan Tandek, Kota Marudu.
Semasa ditemui, beliau dengan tenang cuba mengingati jejak-jejak perjalanan lalu yang sudah semestinya begitu mempengaruhi kehidupan beliau pada hari-hari yang seterusnya. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman luas pengetahuan, begitulah masyarakat beliau menyambut dan mengikhtiraf keupayaan beliau menjejakkan kaki ke wilayah jajahan Inggeris (1954) tersebut. 

Menurut Tuan Hj.Zulkifle Majun, sebaik sahaja beliau pulang ke Sabah, beberapa orang Ketua Kampung (KK) di kawasan Tandek antaranya KK Pomintar dan KK Rumek serta beberapa orang tua-tua lain meminta beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di Singapura. 

Semasa di Singapura, beliau sempat melawat beberapa pusat permainan seperti Great World, dan beberapa tempat yang lain. Beliau turut mengelilingi pulau Singapura dengan ditemani oleh pemandu peribadi Ketua Polis Singapura ketika itu. Bangunan-bangunan di Singapura ketika itu kebanyakannya diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan kayu.
Sesungguhnya kesempatan beliau melawat Singapura telah memberikan banyak impak ke atas diri beliau, betapa sukunya iaitu Dusun Kimaragang merupakan suku yang jauh ketinggalan dalam serba-serbi berbanding kaum-kaum lain yang beliau telah lihat dengan mata kepalanya sendiri semasa pelayaran beliau ke negara jajahanan tersebut. 

Justeru itu, atas kesedaran akan kekurangan yang ada pada kaumnya, beliau muncul sebagai pemimpin yang memperjuangkan nasib kaumnya agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum-kaum yang lain di Sabah. 

LATAR BELAKANG DIRI
Tuan Hj. Zulkifle Majun, dilahirkan pada 02 Jun 1937 di kampung Tingkalanon, Tandek, Kota Marudu. Beliau dari suku kaum Dusun Kimaragang. Bapa beliau Majun bin Lungkodon manakala ibu beliau ialah Saliha bt. Haruman. Pada mulanya, beliau dikenali sebagai Maralang Majun tetapi setelah memeluk agama Islam pada tahun 1972, beliau menukar namanya kepada Zulkifle Majun. Beliau menunaikan fardhu haji pada tahun 1973. Kini panggilan Tuan Hj. Zulkiflee sudah sinonim dengan beliau. 

Menurut Tuan Hj. Zulkifle Majun, kehidupan zaman kanak-kanaknya tidaklah begitu menyeronokkan. Seawal usia lima tahun, beliau bersama kedua ibubapa, adik beradik serta sanak saudara lain terpaksa melarikan diri ke kampung Samparita (kampung yang terletak di pedalaman Tandek) demi untuk mengelak dari menjadi mangsa kekejaman Jepun yang menawan North Borneo ( Sabah ) di antara tahun 1942 hingga 1945. 

“Saya masih ingat lagi, suatu hari saya dan ayah ke ladang untuk mengambil buah pisang. Tiba-tiba kami terserempak dengan tentera Jepun yang bertanyakan kedudukan tentera Inggeris. Ayah saya tergamam seketika, tetapi mujur ayah dapat menjawab dan menunjuk ke arah Tanjung Batu, walaupun sebenarnya beliau tidak tahu sama ada tentera Inggeris ada di situ. Akhirnya kami dilepaskan oleh tentera Jepun.” Jelas beliau, sambil mengimbas kenangan ngeri berhadapan dengan tentera Jepun. 

Kehidupan sebagai pelarian perang selama tiga tahun di bumi sendiri sememangnya suatu pengalaman yang sukar dilupakan oleh beliau. Apatah lagi, selama menjadi pelarian, ubi menjadi makanan ruji bagi mereka. Kulit kayu yang mereka kenali sebagai pinakang menjadi alat penutup badan ( dijadikan pakaian untuk mengantikan kain). Kesengsaraan hidup bertambah-tambah apabila sekembalinya mereka ke kampung Tingkalanon, rumah, padi dan haiwan ternakan yang ditinggalkan sebelum ini lenyap begitu sahaja. Mereka terpaksa memulakan hidup baru walau dengan seribu kepayahan. 

LATARBELAKANG PENDIDIKAN
Tuan Hj. Zulkifle Majun mendapat pendidikan awal di SRK Tandek bermula dari tahun 1947 hingga 1952 dan berjaya menamatkan pengajian rendah setakat darjah lima. Menurut beliau, pendidikan hingga darjah lima merupakan yang tertinggi pada ketika itu. Ini kerana kerajaan Inggeris tidak menyediakan sekolah menengah di kawasan Tandek ataupun Bandau ( kini Kota Marudu). Sekolah menengah yang paling dekat terletak di bandar Kudat, yang merupakan pusat pentadbiran wilayah utara Sabah ketika itu. Menurut Tuan Hj. Zulkifle, untuk ke Kudat pada masa itu, seseorang terpaksa menaiki bot nelayan dari Tandek dan memakan masa sehari suntuk untuk sampai ke bandar Kudat. Menurut beliau lagi, beberapa orang ibubapa dari Tandek telah memberanikan diri dengan menghantar anak-anak mereka belajar di Kudat. Tetapi oleh kerana kos perbelanjaan yang tinggi iaitu kira-kira RM 50.00 sebulan ( suatu nilai yang amat tinggi ketika itu ), anak-anak tersebut hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja. Beliau sendiri tidak berpeluang menyambung pelajaran di peringkat menengah kerana ibu beliau tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan, apatah lagi ayah beliau telah meninggal dunia sebaik sahaja perang Jepun tamat. 

LATARBELAKANG KERJAYA
Menurut Tuan Hj. Zulkifle Majun, beliau memulakan kerjaya sebagai guru sekolah rendah di SRK Tandek sebaik sahaja berjaya menamatkan persekolahan pada tahun 1952. Menurut beliau, Guru Besar SRK Tandek ketika itu iaitu Tuan Hj. Kee Abdul Jalil Kee Abdullah (kini allahyarham) telah menawarkan jawatan tersebut kepadanya. Walaubagaimanapun, beliau hanya menjawat jawatan tersebut selama tiga bulan sahaja. 

Pada tahun 1954, beliau menjawat jawatan sebagai ‘ofis boy’ (budak pejabat) di pejabat Pegawai Daerah Kudat yang dikenali sebagai J.P Ruthaford. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga tahun 1956 dengan gaji sebanyak RM 96.00 sebulan. Semasa bertugas di pejabat daerah Kudat, beliau diberi kesempatan melawat Singapura dengan mengikuti rombongan Pegawai Daerah ke Singapura selama dua minggu. Menurut beliau, rombongan tersebut belayar ke Singapura dengan sebuah kapal yang diberi nama Kapal Kajang. Selama dua minggu belayar, rombongan tersebut sempat singgah dibeberapa tempat iaitu seperti Jesselton (kini Kota Kinabalu), Labuan, Seria di Brunei dan seterusnya ke Singapura. 

Dari tahun 1962 hingga 1965, beliau menjadi kapten bot Unit Kawalan Malaria, Jabatan Perubatan Sabah. Menurut Tuan Hj. Zulkifle Majun, unit ini diketuai oleh Stanislaus Tambakau. Sebagai kapten bot beliau diberi gaji sebanyak RM 105.00 sebulan. 

Pada tahun 1966, Tuan Hj. Zulkifle Majun menceburi bidang politik dengan menyertai parti UPKO (United Pasok Kadazan Organization) yang diketuai oleh Donald Stephens ( Tun Fuad Stephens). Beliau merintis penubuhan UPKO di kawasan dewan undangan negeri N.6 Tandek ( kini N.5 Tandek). Sebagai perintis, beliau bersama-sama adiknya Tuan Hj. Omar Majun bertanggungjawab serta berusaha untuk menubuhkan cawangan-cawangan parti di seluruh Tandek.Walaubagaimanapun, dalam pilihanraya umum 1967, beliau ataupun adiknya Tuan Hj.Omar Majun selaku Ketua Bahagian UPKO tidak bertanding dalam pilihanraya tersebut. Calon UPKO bagi N.6 Tandek ialah Herman J. Luping.
Dalam pilihanraya umum tersebut, calon UPKO bagi N.6 Tandek telah memenangi pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, di peringkat negeri parti USNO telah memenangi pilihanraya negeri secara keseluruhannya. Berikutan dengan itu, di peringkat negeri parti USNO dan UPKO telah bergabung untuk membentuk kerajaan. 

Berikutan dengan penyatuan USNO dan UPKO, pada tahun 1971 Tuan Hj. Zulkifle Majun telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Luar Yayasan Sabah bagi daerah Kota Marudu. Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Pegawai Yayasan Sabah Kota Marudu. Dalam masa yang sama, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Kudat Native Timber sebuah syarikat berasaskan kayu balak. Pada tahun 1980, beliau meletakkan jawatan sebagai Pegawai Yayasan Sabah untuk bertanding dalam pilihanraya negeri tahun tersebut. Walau bagaimanapun beliau tewas dalam pilihanraya tersebut. 

Tuan Hj. Zulkifle Majun juga sempat memangku jawatan Ketua Bahagian USNO Kota Marudu pada tahun 1977 berikutan perletakan jawatan Ketua Bahagian ketika itu iaitu Tuan Hj. Awang Ali Osman. 

Pada tahun 1983, kerajaan BERJAYA di bawah pimpinan Datuk Haris Mohd. Salleh telah melantik beliau sebagai Pegawai Dakwah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi daerah Kota Marudu. 

Selepas tahun 1985, beliau bersara dari arena politik dan mula menceburi bidang perniagaan. Kini beliau merupakan antara suku Dusun Kimaragang yang bergiat secara aktif dalam dunia perniagaan di Tandek. 

Menjadi Sumber Rujukan Masyarakat Dusun Kimaragang
Menurut Ahmat Ali Osman, Pegawai Penerangan Daerah Kota Marudu, ketokohan dan sumbangan Tuan Hj. Zulkifle Majun kepada suku Dusun Kimaragang boleh dilihat dari dua dimensi, iaitu zaman sebelum kemerdekaan Sabah melalui Malaysia dan zaman selepas kemerdekaan sehingga kini. 

Sesuai dengan pepatah melayu yang berbunyi “Jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman luas pengetahuan”, Tuan Hj. Zulkifle Majun begitu disegani oleh masyarakatnya kerana beliau merupakan orang pertama dari suku Dusun Kimaragang yang berjaya menjawat jawatan ‘ofis boy’ di pejabat Inggeris. Selaku ofis boy, beliau berkesempatan melawat Singapura pada tahun 1956. Dalam hal ini, hanya ada seorang tokoh lain yang pernah menjelajah hingga ke Pulau Labuan iaitu Aki Tumunda yang merupakan moyang kepada Tuan Hj. Zulkifle. 

Justeru itu, beliau menjadi sumber rujukan kepada masyarakatnya khusus mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan permohonan tanah dan hal-hal yang berkaitan dengan mahkamah adat (Mahkamah Anak Negeri). Beliau juga menjadi tempat orang-orang kampung meminta bantuan mengisi segala jenis borang dan menjadi saluran untuk mengemukakan borang permohonan kepada pihak atasan kerana kedudukan beliau yang boleh berhubung secara terus dengan Inggeris. 

Walaupun pernah berkhidmat dengan Inggeris, beliau tanpa rasa takut menentang dasar-dasar Inggeris yang memperlekehkan orang-orang kampung khususnya masyarakat Dusun Kimaragang. Pernah dalam suatu peristiwa pada tahun 1958, ketika sekumpulan orang Dusun seramai 60 orang sedang menunggang kerbau, mereka dihalang oleh Inggeris untuk menggunakan jalanraya menuju ke tamu kampung Ongkilan yang sedang dalam pembinaan sedangkan laluan alternatif tidak disediakan. Kaum Dusun yang terkenal dengan sikap suka mengalah terpaksa menghentikan perjalanan mereka. Mujur Tuan Hj. Zulkifle muncul yang juga sedang menunggang kerbau dan kemudiannya berunding dengan pihak Inggeris. Akhirnya mereka dibenarkan melalui jalanraya tersebut. Walaubagaimanapun, Inggeris menggelar Tuan Hj. Zulkifle sebagai ‘keras kepala’. 

Menjadi Pemimpin Politik
Pada awal kemerdekaan, beliau telah memimpin masyarakat Dusun Kimaragang mengenali dunia politik berasaskan parti. Justeru itu, atas kepimpinan beliau, United Pasok Momogun Organization (UPKO) ditubuhkan di Tandek dengan adik beliau iaitu Tuan Hj. Omar Majun sebagai Ketua Bahagian yang pertama. Kedudukan beliau sebagai perintis penubuhan parti UPKO di Tandek membolehkan beliau mendidik masyarakat akan erti sebenar demokrasi sebagai salah satu kaedah dalam pembentukan kerajaan sesebuah negara. Di atas usaha-usaha beliau, pada pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1967, calon UPKO bagi N. 6 Tandek, Herman J. Luping telah memenangi pilihanraya bagi kawasan itu. 

Mengutamakan Pendidikan
Menyedari hakikat bahawa pendidikan merupakan satu cara unggul untuk membangunkan masyarakatnya. Semasa menjadi Pegawai Yayasan Sabah Kota Marudu, beliau menggunakan ruang tersebut untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada anak-anak masyarakat Tandek memperolehi ilmu sebanyak yang mereka mampu. 

Antara bantuan yang diberikan oleh beliau ialah penempatan pelajar-pelajar dari Tandek ke asrama Yayasan Sabah di pekan Kota Marudu. Beliau juga turut berusaha agar pelajar-pelajar tersebut yang rata-rata datang dari keluarga tidak berkemampuan diberi bantuan biasiswa oleh Yayasan Sabah. Bagi anak-anak yang cemerlang, mereka dihantar ke semenanjung Malaysia untuk memperolehi pendidikan yang lebih bermutu. 

Menurut Richard P. Intuwong, beliau masih dapat mengingati dengan jelas bagaimana Tuan Hj. Zulkifle membantunya semasa beliau di tingkatan satu pada tahun 1975. Kata beliau, “Seperti pelajar-pelajar yang lain, fikiran saya buntu untuk untuk mencari wang bagi menampung perbelanjaan persekolahan. Saya hampir-hampir berhenti sekolah. Mujur ada seorang kawan yang menasihati saya agar berjumpa dengan Tuan Hj. Zulkifle. Sayapun terus berjumpa beliau. Sebulan kemudian, saya dipanggil oleh Tuan Hj. Zulkifle dan menyerahkan wang biasiswa sebanyak RM 60.00. Wartawan Sabah Times turut ada dan mengambil gambar kami. Keesokan harinya,gambar saya terpampang di suratkhabar berkenaan. Heboh penduduk kampung saya bila melihat gambar saya dalam surat khabar.Dari situ saya terus bersemangat untuk belajar”. 

Menurut Dzulfikar @ Dusikar Majiul, sewaktu naik ke tingkatan satu di SMK Kota Marudu pada tahun 1978, beliau menghadapi kesukaran kerana jarak antara kampungnya dengan pekan Kota Marudu agak jauh iaitu lebih kurang 35 kilometer. Ini ditambah lagi apabila jambatan sungai Rakit terputus akibat banjir besar. Pada ketika itu hanya ada sebuah kereta yang berulang-alik dari kampungnya ke pekan Kota Marudu.
“Apabila Tuan Hj. Zulkifle mengetahui perkara tersebut, saya termasuk rakan-rakan yang lain diluluskan untuk memasuki asrama Yayasan Sabah. Jika tidak sudah tentu saya tidak akan berjaya seperti hari ini”, ujar beliau.
Sesungguhnya Tuan Hj. Zulkifle menyedari bahawa masyarakatnya adalah masyarakat yang serba kekurangan atau dengan kata lain hidup dalam serba kemiskinan. Justeru itu, beliau merasa bertanggungjawab untuk memberi bantuan sedaya yang boleh untuk sekurang-kurangnya meringankan beban mereka dengan memberi bantuan persekolahan anak-anak tersebut. Pernah suatu ketika beliau bersama-sama dengan Pengetua SMK Kota Marudu, Encik Sabli Mohiddin dan guru-guru berusaha mengutip derma bagi menampung perbelanjaan pelajar-pelajar miskin berkenaan. 

Anugerah Yang Diterima
Memandangkan sumbangan Tuan Hj. Zulkifle Majun yang begitu besar kepada masyarakatnya, beliau telah dianugerahkan bintang kebesaran negeri Sabah iaitu Ahli Darjah Kinabalu (ADK) oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Fuad Stephens pada tahun 1973. 

Sesungguhnya pengurniaan pingat kebesaran negeri Sabah tersebut membuktikan betapa Tuan Hj. Zulkifle Majun merupakan seorang tokoh yang berkarisma yang sewajarnya diingati oleh semua, khususnya masyarakat Tandek. Pemberian anugerah tersebut secara langsung mengangkat martabat Tuan Hj. Zulkifle Majun sebagai antara pemimpin terkemuka dan disegani. 

RUMUSAN
Tuan Hj. Zulkifle Majun bukanlah tokoh yang menghiasi buku-buku sejarah ataupun buku-buku teks sekolah. Namun ini bukanlah bererti ketokohan serta kewibawaan beliau tidak setanding dengan tokoh-tokoh tempatan lain yang sezaman dengannya. 

Ketokohan dan kewibawaannya adalah unik dan tersendiri. Beliau seorang yang penuh keyakinan diri, tegas, mengutamakan hal-hal kemasyarakatan berbanding kepentingan diri sendiri. Tidak hairanlah jika beliau menjadi rujukan masyarakatnya dari dahulu hingga sekarang. 

Ketokohan beliau terserlah dalam bidang pembangunan masyarakat. Beliau bagaikan cahaya kepada masyarakatnya di Tandek pada awal kemerdekaan
Sabah. Perjuangan beliau yang tertumpu kepada usaha-usaha menggalak serta membantu masyarakatnya memperolehi pendidikan merupakan suatu usaha yang sukar dipertikai oleh sesiapa jua.

Justeru itu, ketokohan serta perjuangan yang telah beliau rintis seharusnya diteruskan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Tandek masa kini. Bagi generasi muda pula, kemampuan Tuan Hj. Zulkifle Majun muncul sebagai pemimpin yang disegani walaupun hanya memperolehi pendidikan di peringkat rendah sahaja sewajarnya dijadikan ikhtibar bahawa kegagalan memperolehi ilmu pengetahuan hingga ke menara gading bukanlah suatu alasan untuk memencilkan diri dari memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 

RUJUKAN
Individu-Individu Yang Ditemuramah
01. En. Ahmat Ali Osman ( Pegawai Penerangan Daerah Kota Marudu).
02. En. Dzulfikar @ Dusikar Majiul ( Guru Besar SK Taritipan,
Kota Marudu).
03. En. Richard P. Intuwong ( Ketua Pembantu Tadbir, SMK Sikuati, Kudat ).
04. Tuan Hj. Zulkifle Majun ( Pemimpin Masyarakat / Ahli Perniagaan Tandek ).
05. YBHG. Tuan Hj. Omar Majun ( Bekas ADUN N. 5, Tandek)

 < ditulis oleh: Hanafiah Zulkifly >

Hadapi dengan senyuman..

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang 

< dewa >

Sunday, November 14, 2010

Hari minggu..

selamat hari minggu semua..

hari ni saya bercadang nak pergi makan soto jakarta..

gambar ni masa final acara padang..anas menyertai acara lontar peluru..dia dapat tempat ke 5 saja..harap-harap tahun depan boleh menang..

ini masa sukan sekolah di stadium..akhirnya anas dapat juga pingat emas..tak dapat ambil gambar masa dia lari sebab saya bertugas sebagai penjaga masa..

kemlmarin pergi hi-tea bersama rakan-rakan sekerja..

Sunday, November 7, 2010

Lelaki Ucap maaf Boleh Buat Perempuan Hidup Sihat??

 saya terbaca tentang ni dari blog

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.
Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.
Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.
Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Saturday, November 6, 2010

Farah & Dafi..

Seronok juga tengok mereka berdua ni buat persembahan petang tadi..
berdiri depan pentas lagi..




Kursus Percuma..

Fully sponsored..
  • ICT studies.
  • Cisco CCNA
  • Conversational English/Korean/Japanese
by Ministry of Resourse Development & Information Technology
ICT Studies:
  • Malaysian aged 10 & above
  • Max of 4 subject
  • Free food,Training Manual & Certificate of attendance

Conversational English/Korean/Japanese:
  • Malaysian aged 18 & above
  • Free food,Training Manual & Certificate of attendance
Register now!!
click here for register

Anda yang bekerja atau masih bersekolah juga boleh mnegikuti kursus selama 3 bulan ni..

Maybank...

Kelebihan menjadi pelanggan maybank..

kad ini bukan sekadar kad untuk mengeluarkan duit anda di mesin ATM tetapi juga boleh berfungsi seperti mastercard.maknanya anda boleh gunakan untuk membeli belah tanpa membawa wang tunai.yang penting ada duit dalam akaun anda la kan. dan dapat point pula tu.


dan ini la hasil dari point terkumpul saya baru-baru ni..kira macam dapat percuma dari maybank la juga kan..


ini yang saya dapat tahun lepas.. jam untuk anak..

yang ni dapat dari maybank tahun lepas juga..untuk diri sendiri..banyak pilihan barangan lain juga tapi saya memang minat jam tangan..

ini barang yang saya beli online menggunakan kad ATM maybank sahaja..tidak perlu ada mastercard..yang penting ada duit kita dalam akaun la kan..

 maybank juga boleh berurusan secara online..
iaitu menggunakan maybank2u..
saya turut menggunakan perkhidmatan ini untuk;
1.bayar bil elektrik
2.bayar bil telefon
3.bayar bil astro
4.bayar bil jaring
5.bayar ptptn
6.beli kredit hp
7.beli tiket flight
8.beli belah online
9.kirim duit anak
10.cek gaji jam6 pagi di hari gaji
11.bayar cukai pintu
12.masuk duit dalam ASB
13. dan lain-lain lagi..

dan semuanya hanya berurusan dari rumah di depan komputer..

Terima kasih maybank..

Kenangan 1..

Sunday, October 24, 2010

Pengemis atau peminta??



berhati-hati dengan 'pengemis' ini yang anda dapat lihat dalam bulatan hitam di dalam gambar di atas..
sila abaikan hero dan heroin saya dalam gambar tu kerana mereka berdua sekadar mengelakkan daripada 'pengemis' tu perasan yang saya mengambil gambarnya.
'pengemis' ni sering kelihatan 'mengemis' di pusat membeli-beleh 'cp' dan kawasan sekitar..
tapi hari ni dia sedang duduk makan-makan di tempat ni sambil pengira duit 'pendapatannya..

Cara unik mengikat beg plastik..

saya terbaca idea kreatif ni dari
Mula-mula potong botol seperti dalam gambar..

kemudian masukkan bahagian badan botol ke dalam plastik
dan penutup botol di sebelah luar plastik.
tutup penutup botol seperti biasa seperti
yang anda lihat dalam botol..
selamat mencuba..

 terima kasih banyak-banyak mia kerana idea yang kreatif ni..

7 keburukan pelaburan hartanah yang perlu anda tahu..


Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
7 keburukan pelaburan hartanah yang anda perlu tahu adalah senarai umum bagi seseorang yang mahu mula melabur didalam hartanah. Pembelian hartanah tidak lah semudah yang kita sangkakan tetapi dengan cara yang betul anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan.
Ramai yang mengatakan pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik dan paling menguntungkan. Memang diakui ia boleh mendatangkan keuntungan jika ia didalakukan secara berhemah. Malah akhir-akhir ini semakin ramai individu yang kini bergelar “guru hartanah” membuat seminar-seminar yang berorentasi pembinaan kekayaan dengan menggunakan hartanah. Satu petanda yang baik untuk industri, tetapi dalam kerancakkan ini kita perlu beringat agar setiap pembelian hartanah dimana sahaja pilihan kita ia berbaloi dengan keupayaan dan kemampuan poket si pelabur.
Himpunan keburukan pelaburan hartanah yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum membina sebarang potfolio pelaburan. Mari kita telusuri sisi gelap atau dengan kata mudah keburukan pelaburan hartanah yang kita wajib tahu;
1. Hartanah adalah satu bentuk asset pelaburan yang sukar untuk dilupuskan berbanding dengan saham dan stok (tempoh kecairan asset stok dan saham lebih cepat dan  mudah). Jika anda boleh menjual saham pegangan dengan memberi arahan kepada broker saham broker atau agent hartanah mungkin terpaksa menjualnya dalam tempoh setahun. Ini kerana setiap hartanah mewakili nilai tertentu walaupun ianya berdekatan dengan lokasi popular. Anda terpaksa menunggu pembeli untuk datang dan menerima harga yang ditawarkan, lagi tinggi nilai hartanah lagi kurang pembeli yang layak.
2. Menjual hartanah lebih susah dan mahal berbanding  pelaburan yang lain. Ini kerana nilai hartanah bergantung pada tempoh milikan pemilik. Dalam tempoh penjualan carian nilai dan hutang yang ada pada hartanah perlu dilakukan. Semua ini tidak sahaja memakan waktu malah mengambil banyak sumber terutamanya sumber tenaga dan kewangan walaupun anda telah mempunyai pembeli yang diketahui mampu dan bersedia untuk membelinya.
3. Pegangan hartanah tidak seperti asset milikan (seperti komoditi) yang lain. Walaupun ada hartanah yang mempunyai pegangan bebas (Freehold), majoriti apartmen di Kuala lumpur dan Selangor adalah milikan sementara (Leasehold). Ini bermakna anda membeli hartanah tersebut untuk didiami pada tempoh tertentu bukan memiliki sepenuh hak pada hartanah berkenaan.
4. Pada tempoh tertentu pegangan bebas (Freehold) mungkin terpaksa ditukar kepada pegangan sementara (Leasehold). Begitu juga sebaliknya pegangan sementara kepada bebas. Sebagai pelabur anda harus memahami lebih sedikit tempoh milikan semakin banyak nilai hartanah itu terhakis. Tidak ramai yang tahu kebanyakkan hartanah yang susut nilainya adalah disebabkan semakin kurang tempoh milikan pegangan sementara (Leasehold) mereka.
5. Hartanah adalah satu asset yang mahal untuk dibeli. Sebagai contoh anda boleh membeli mana-mana saham berkuali dengan beberapa puluh ribu ringgit, tetapi dengan beberapa puluh ribu ringgit asset hartanah yang anda mampu beli mungkin tidak begitu berkualiti. Dan harga belian bukanlah satu-satunya kos yang ada semasa membeli hartanah. Duti stamp, peguam, ajen, juru nilai, kos pembatalan, insuran dan mungkin kos-kos pembaik pulihan adalah beberapa kos utama yang perlu diketahui sebelum membuat penilaian.
6. Hartanah adalah pelaburan yang memerlukan penyelenggaraan tinggi. Anda tidak boleh membeli dan melupakannya. Seperti mana apa yang sering dilakukan oleh pelabur saham dan stok ianya tidak seperti anda meletakkan wang didalam bank dan tunggu wang itu bertambah. Semua hartanah memerlukan peningkatan dan modernisasi agar nilainya kekal tinggi.
7. Seperti yang saya katakan diatas, semasa pemilikan hartanah ada juga kos-kos sampingan seperti cukai pintu dan cukai tanah, pinjaman perumahan, kos penyelenggaraan, kos perkhidmatan dan bil-bil ubahsuaian. Semua ini perlu diketahui agar setiap penilaian dan tindakan anda tidak menjadikan asset hartanah itu satu bebanan dikemudian hari.
Tiada jalan mudah untuk anda membina kekayaan, malah dengan memilih jalan sukar ini keuntungan didalam hartanah lebih kukuh dan mampu dilipat kali gandakan berbanding dengan mana-mana instrumen pelaburan yang lain. Sekian sahaja…
Selamat berjaya pelabur semua.

Dipetik dari :  http://www.drumah.com/

Sunday, October 17, 2010

SIE 2010..

sekarang sedang berlangsung Sabah International Expo 2010
yang diadakan di 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.
berangsung dari 15-19 oktober 2010..
jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini
kerana ada lebih dari 400 booths
dengan penyertaan dari pelbagai negara..
tiada duit sebab gaji belum masuk
bukan alasan untuk tidak datang ke sini
kerana banyak ilmu berguna yang kita boleh dapat dengan percuma..
tengok la sebakul pamplet yang saya dapat dari expo ni..
 
sempat juga tengok uji bakat raja lawak di 1B ni..



Kisah Minggu Lalu..

biar gambar-gambar ni yang bercerita..

JUMAAT

sebelah pagi bawa mama review doktor..

sebelah petang beli hadiah untuk nenek yang akan berkahwin..

SABTU

hari ni menghadiri majlis perkahwinan nenek saya dan moyang kepada anak-anak saya..

Selamat Pengantin Baru
Ella Ainney K Diaz & Mohd Fadzlie Bin Ibrahim

pengantin perempuan ialah makcik saya (sepupu mama)..seorang di sabah dan seorang lagi di kuala lumpur..tapi kalau sudah jodoh,memang takkan ke mana..mereka merupakan rakan sekolah menengah suatu ketika dulu


masuk ke dewan dengan iringan paluan kompang..

anak-anak bersama moyang mereka..yang berbaju purple tu do kinabatangan..

farah bersama moyang juga..yang berbaju merah ni timbalan pengarah kastam..yang berbaju purple ialah do kinabatangan..kedua-dua jejaka tampan (berbaju merah  dan purple) ni adalah adik kepada datuk saya sebelah mama..

anak-anak bersama moyang mereka yang juga ibu pengantin perempuan..

bertuahnya saya kerana mempunyai ramai nenek..
dan anak-anak ada moyang yang masih muda..