Klik di sini..

Friday, April 23, 2010

Iqra..

yang bestnya di kedai buku sekarang, kita boleh lepak 2 3 jam untuk baca buku tanpa dimarahi oleh tuan kedai. sekali sekala buat muka tak malu baca buku free di kedai buku,seronok juga rasanya..
tapi bila masuk kedai buku,tak akan lepas peluang untuk beli buku..
ini buku yang amin beli..minat betul dia dengan buku ni..buku sebelum ni pun dia beli juga..

ini buku anas beli..
saya tertarik dengan satu ayat dalam buku ni..
"we were packed in like sardines"
ingatkan kita di malaysia saja guna istilah ni..
buku ini adalah kisah benar masa perang dunia ke 2..
alasan anas mau beli buku ni:
1.dia pernah tengok cerita ni di tv..
2.dia kenal watak2 dalam buku ni..
3.buku ni international bestseller..
jadi,walaupun harga hampir RM40,terpaksa juga belikan dia..


ini buku amin lagi..
tulisan jepun..
sejak form 1 dia belajar bahasa jepun di sekolah..
mudah-mudahan buku ni membantu dia..

ini buku farah..
sebuah novel tapi banyak fakta-fakta menarik juga..
nanti lain kali saya kongsi serba sedikit kandungan buku ni..

ini buku pilihan saya..
buku ni amat baik..
bukan setakat sebagai panduan untuk melaksanakan kem motivasi,
tapi banyak panduan yang amat berguna untuk melaksanakan pelbagai aktiviti di sekolah..


buku ni pun cukup baik untuk dibaca..
antara frasa yang menarik..
"tanpa memiliki rekod kecemerlangan di dalam peperiksaan, baik di sekolah mahupun di universiti,seseorang itu masih dapat mencipta kejayaan dalam kehidupannya"

"mereka yang pandai menjawab masalah2 yang terdapat di dalam kertas soalan peperiksaan belum tentu pandai menjawab masalah2 sebenar di tempat kerja disebabkan kedua2 jenis masalah itu amat berbeza"

"albert bandura mengatakan apabila seseorang individu itu memiliki keyakinan bahawa sesuatu tugas itu dapat diselesaikannya,maka keyakinannya itu akan menghasilkan kejayaan"

"karisma mempunyai 3 unsur: 1.ilmu 2.tulus 3.imej"

"jangan bertindakbalas secara emosional apabila berdepan dengan masalah -berfikir,berfikir dan berfikir"

"cari kedamaian dalam kehidupan beragama disebabkan di dalam agama memang pasti ditemui kedamaian dan ketenangan.Letakkan kepercayaan pada bantuan Allah SWT"

"Islam mengajar supaya seseorang itu mencapai kejayaan dengan cara memberikan kerjasama kepada orang lain"

Wednesday, April 21, 2010

Raja Bersiong..

potong buah tembikai, dengan jari-jari dipotong sekali..
makan buah tembikai macam 'raja bersiong' la pula jadinya..

luka di jari nampak berdarah
luka di hati tak siapa yang tahu..

banyak yang mahu diberitahu kepadanya..
tapi tiada kata-kata yang sesuai untuk mengucapkannya..
pilihan terbaik..pendamkan saja..

Friday, April 16, 2010

Jantung mu lemah??

Lemah Jantung


Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.


Sebab-sebab lemah jantung:
Penyakit jantung koronari

Tekanan darah tinggi

Masalah injap jantung

Kadar denyutan jantung yang luar biasa

Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)

Diabetes

Penyakit jantung akibat alkohol

Penyakit Kelenjar Tiroid




Simptom

Letih

Sesak nafas

Aktiviti fizikal yang terhad

Bengkak Kaki




Komplikasi


Aktiviti harian yang terhad

Kekerapan memasuki hospital

Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit




Rawatan


Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)
Pengambilan air dan garam secara terhad

Senaman berkala mengikut kemampuan

Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

Farmakologi
Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup

Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa

Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor




Pencegahan
Cara Hidup Sihat:

Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)

Pemakanan sihat dan seimbang

Tidak merokok

Tidak minum minuman beralkohol

Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa




Rehabilitasi
Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti. Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.





Kumpulan Sokongan



Yayasan Jantung Malaysia (www.yjm.org.my)

Semakan Akhir : 25 Mei 2007

Yang Ke-15..

wajah diharijadinya yang ke 15..agak gelap kerana sudah beberapa minggu berlatih bola jaring setiap petang..umi doakan kakak jadi orang yang berguna..dan segala yang terbaik untuk kakak..


tiada sebarang sambutan atau majlis yang kecil atau pun besar untuk meraikannya..




hanya menyiapkan bungkusan-bungkusan ini untuk diberikan kepada rakan-rakan sekelas dan guru-guru..sebagai tanda syukur..


tiada kek yang umi buat atau tempah..
tapi tetap ada yang mengingati..ini kek hadiah dari kak As..amat istimewa..terima kasih banyak buat kak As..


dan ini kasut idaman hadiah istimewa dari abah..

Tuesday, April 13, 2010

La Tahzan 3..

Isi Waktu Luang Dengan Berbuat!


Orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini, biasanya akan menjadi penebar isu dan desas desus yang tak bermanfaat. Itu kerana akal fikiran mereka selalu melayang-layang tak tahu arah. Dan, Saat paling berbahaya bagi akal adalah ketika pemiliknya menganggur dan tak berbuat apa-apa. Bila pada suatu hari Anda mendapatkan diri Anda menganggur tanpa kegiatan, bersiaplah untuk bersedih, gundah, dan cemas! Sebab, dalam keadaan kosong itulah fikiran Anda akan menerawang ke mana-mana; mulai dari mengingat kegelapan masa lalu, menyesali kesialan masa kini, hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu Anda alami. Dan itu, membuat akal fikiran Anda tak terkendali dan mudah lepas kontrol. Maka dari itu, saya nasihatkan kepada Anda dan diriku sendiri bahwa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan. Singkatnya, membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan narkoba.Waktu kosong itu tak ubahnya dengan seksaan halus ala penjara Cina; meletakkan si narapidana di bawah pipa air yang hanya dapat meneteskan air satu tetes setiap menit selama bertahun-tahun. Dan dalam masa penantian yang panjang itulah, biasanya seorang napi akan menjadi stres dan gila. Berhenti dari kesibukan itu kelengahan, dan waktu kosong adalah pencuri yang culas. Adapun akal Anda, tak lain merupakan mangsa empuk yang siap dicabik-cabik oleh ganasnya terkaman kedua hal tadi; kelengahan dan si "pencuri". Karena itu bangkitlah sekarang juga. Kerjakan solat, baca buku, bertasbih, mengkaji, menulis, merapikan meja kerja, merapikan kamar, atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu! Ini, kerana aku ingin mengingatkan Anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.Bunuhlah setiap waktu kosong dengan 'pisau' kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahwa Anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para kuli bangunan! Mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti Anda yang tidur di atas ranjang empuk, tetapi selalu gelisah dan menyeka air mata kesedihan.

dipetik dari buku La Tahzan

Monday, April 12, 2010

La Tahzan 2..

Yang Lalu Biar Berlalu


Mengingat dan mengenang masa lalu, kemudian bersedih atas nestapa dan kegagalan di dalamnya merupakan tindakan bodoh dan gila. Itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, memupuskan tekad dan mengubur masa depan yang belum terjadi.

Bagi orang yang berpikir, berkas-berkas masa lalu akan dilipat dan tak pernah dilihat kembali. Cukup ditutup rapat-rapat, lalu disimpan dalam 'ruang' penglupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam 'penjara' pengacuhan
selamanya. Atau, diletakkan di dalam ruang gelap yang tak tertembus cahaya. Yang demikian, kerana masa lalu telah berlalu dan habis. Kesedihan tak akan mampu mengembalikannya lagi, keresahan tak akan sanggup memperbaikinya kembali, kegundahan tidak akan mampu merubahnya menjadi terang, dan kegalauan tidak akan dapat menghidupkannya kembali, kerana ia memang sudah tidak ada.

Jangan pernah hidup dalam mimpi buruk masa lalu, atau di bawah payung gelap masa silam. Selamatkan diri Anda dari bayangan masa lalu! Apakah Anda ingin mengembalikan air sungai ke hulu, matahari ke tempatnya terbit, seorok bayi ke perut ibunya, air susu ke payudara sang ibu, dan air mata ke dalam kelopak mata? Ingatlah, keterikatan Anda dengan masa lalu, keresahan Anda atas apa yang telah terjadi padanya, keterbakaran emosi jiwa Anda oleh api panasnya, dan kedekatan jiwa Anda pada pintunya, adalah kondisi yang sangat naif, ironis, memprihatinkan, dan sekaligus menakutkan.

Membaca kembali lembaran masa lalu hanya akan memupuskan masa depan, mengendurkan semangat, dan menyia-nyiakan waktu yang sangat berharga.

La Tahzan 1..


Ya Allah,
gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan,
jadikan kesedihan itu awal kebahagian,
dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.
Ya Allah,
dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan,
dan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb,
anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa
kantuk dari-Mu yang menenteramkan.
Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian.
Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.
Wahai Rabb,
tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu.
Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus.
Dan
tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayahMu.
Ya Allah,
sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang,
dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran.
Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tentera-Mu.
Ya Allah,
sirnakan dari kami rasa sedih dan duka,
dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.

Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera.
Hanya kepada-Mu kami bersandar dan bertawakal.
Hanya kepada-Mu kami memohon,
dan hanya dari-Mu lah semua pertolongan.
Cukuplah Engkausebagai Pelindung kami,
kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.


* Nurul, terima kasih banyak2 kerana kenalkan aunty dengan buku ni..