Klik di sini..

Sunday, February 28, 2010

Cuti seorang cikgu..

hujung minggu ni cuti 3 hari..
cuti ni cuti sekolah ja..
maksudnya tak payah ke sekolah..
boleh duduk rumah ja..
tapi kerja bertimbun2..
buku latihan dan kertas ujian..
habis ink sebatang pen merah saya..
sila abaikan rumah saya yang bersepah tu ya..
saya memang tidak ada pembantu rumah..
semua kena buat sendiri..
penat memang penat..

ini bukan buku sebulan tau..
ini buku latihan untuk kerja 2 hari saja..
bayangkan la hari2 macam ni..
memang kerap la bawa buku latihan murid balik ke rumah..
masa di sekolah pula bukan setakat jam1.00 ja..
tapi kadang2 dari pagi hingga ke petang..
setiap hari sabtu pun memang di sekolah juga..
tahun ni baru 2 kali sabtu ja cuti sekolah..
maksudnya tak payah ke sekolah..



ni pula surat yg perlu diedarkan kepada semua murid..
1100 keping semuanya..
sudah siap cetak 1100 keping..
lebih 10 kali baca..
check format..
check ejaan..
check ayat..
check bahasa..
semua ok..
bila siap dicetak 1100 keping..
baru saya perasan..
terlupa tandatangan rupanya..
meraung pun tak guna lagi..
mau dibuang sayang juga..
membazir kan sifat syaitan..
terpaksa la saya tandatangan satu per satu..
sambil tandatangan..
mental berkata kepada fizikal..
"buat kerja lebih rezeki pun lebih juga"
"anggap la ini satu senaman"
dan akhirnya siap juga..
sambil satu rumah gelakkan saya..
dan surat ni sudah pun diedar..
minggu depan kena proses pula..
siapa kata jadi cikgu ni kerja senang..
banyak cuti..
cuti pun buat kerja juga tau..




Kisah minggu ini..



budak 3 orang ni ikut abah diorang melawat student2 yg sedang 'bercamping'.

'camping' dibuat di kawasan kampus sahaja tahun ni sebab peruntukan banyak kena 'cut'..

macm tahun2 sebelum ni,aktiviti ni dibuat di luar kampus..

jadi budak 3 orang ni memang kerap la juga ikut abah diorang buat lawatan..






satu hari tu nampak awan punya la gelap..

ingatkan hari mau hujan..

awan hitam gelap tebal tapi hujan tak turun2 juga..

bila keluar rumah,rupanya ini yg berlaku..

macam 'cyclone' ja rupanya..

kerana aItalicda ciri2 penyibuk & suka jaga tepi kain orang(tapi sikit saja tau)..

kami pun keluar mencari tempat kejadian tu..

dalam hati memang betul2 ingin tahu apa yang berlaku..


akhirnya jumpa juga tempat kejadian ni..

tengok dari jauh ja..memang tak berani tengok dekat2..

tanya dengan 2 orang wanita tu apa yg terbakar..

rupanya kilang tayar yang terbakar..












minggu ni memang kebakaran di sana sini..
hutan terbakar, rumah terbakar, kilang terbakar..
terjumpa pula 'upin & ipin' yang masih kecil di sini..

pagi tadi kunci pintu rumah rosak..
orang di luar tak boleh masuk ke dalam..
orang di dalam pula tak boleh keluar..
terpaksa la dipecahkan kunci tu..
bila sudah pecah kena la tukar kunci yg baru..
kalau tidak,nanti pencuri masuk rumah la pula kan..
buka 'tool box' jumpa pula benda ni..
ini sebahagian dari kereta saya dulu..
memang best bila drive kereta ni..
selesa..
petang tadi keluar beli sedikit barang..
sempat singgah sekejap tengok pameran ni..
sempat la juga tanya macam2 dengan 'promoter, yg di bawah ni..
bagi anda yg mampu membeli..
beli la..
memang amat baik untuk membuat pelaburan begini..
dalam hati saya..
"teringinnya beli rumah di sini"
1sulaman

Monday, February 22, 2010

Siapa kata dia tak pandai??


sedang saya mengajar murid2 saya
dengan penuh semangat penuh perasaan dan penuh dedikasi,
(ntah la betul @ tidak kenyataan saya ni,tapi saya yakin saya memang begitu)
tiba2 saya ternampak salah seorang murid
yang sedang asyik membuat sesuatu
tanpa memperdulikan saya yang hampir sebesar gajah ni.
tapi saya buat2 tak nampak
sehingga la siap apa yang dia sedang buat tu.
dan ini la hasil kreativitinya.
(lihat gambar di bawah)
(saya sedang mengajar BM tapi dia buat PSV la pula)
saya: apa yang kamu buat ni?
(dalam nada marah tak marah,padahal dalam hati penuh dengan rasa kagum)
dia : mata terkebil-kebil ja tidak menjawab pertanyaan saya
saya: apa nama yang kamu buat ni?
dia : patung, cikgu
saya: kenapa tidak beri perhatian semasa cikgu mengajar?
dia : membisu seribu bahasa
sedikit rasa marah dalam hati
kerana dia tidak menumpukan perhatian
semasa saya mengajar
pun tidak terkeluar
kerana saya sebenarnya amat kagum
dengan hasil seni murid ni
yang dikategorikan murid berpencapaian sederhana.






akhirnya..
saya denda dia membina satu ayat
berdasarkan benda yang dia buat tu.
dan ini la hasilnya..
saya bercadang hendak membeli plastisin
dan minta dia buat pelbagai jenis patung lagi..
begini la keadaan murid2 saya
bila tengahari..
dalam keadaan yang panas dan bising,
kerana murid2 sesi petang
sedang membuat pelbagai aksi di luar kelas
agak sukar mengawal murid2 ni..
tak apa la,
yang penting mereka masih belajar sesuatu.

Tuesday, February 16, 2010

Budaya Ostrich..


Burung unta atau ostrich ialah sejenis burung yang tidak dapat terbang. saiz badannya yang besar menyebabkan ia mampu ditunggang oleh manusia sehingga berat 80 kg. apabila burung unta disuruh terbang, ia akan berkata,
"eh, sayakan unta, mana boleh terbang!".
dan apabila disuruh membawa barang pula, ia akan berkata,
"eh, sayakan burung, mana boleh bawa barang!".


begitulah analogi budaya suka berdalih. perkara begini sering berlaku dalam mesyuarat. ada pihak tertentu akan memberi apa saja alasan bagi mengelakkan diri daripada kerja ataupun komitmen.


kata-kata ini saya petik dari buku 'Mesyuarat Efektif'

Monday, February 15, 2010

Kreatifnya mereka..






ketika pergi membeli-belah di satu supermarket berdekatan rumah,ternampak hasil kreativiti ni..terpegun seketika..kagum dengan hasil lukisan 'mereka'..tapi sayangnya 'mereka'menunjukkan kreativiti mereka di tempat yang tidak betul..

Thursday, February 11, 2010

Monday, February 8, 2010

Menuju kedewasaan..







"umi..ada bulu satu sudah"


"dua la ni"


"eehh..banyak la"


"satu saja la"


"dua hitam,satu panjang satu pendek,yang lain halus"



hehehehehe..


besar sudah baby aku ni..