hujung minggu ni cuti 3 hari..
cuti ni cuti sekolah ja..
maksudnya tak payah ke sekolah..
boleh duduk rumah ja..
tapi kerja bertimbun2..
buku latihan dan kertas ujian..
habis ink sebatang pen merah saya..
sila abaikan rumah saya yang bersepah tu ya..
saya memang tidak ada pembantu rumah..
semua kena buat sendiri..
penat memang penat..
ini buku latihan untuk kerja 2 hari saja..
bayangkan la hari2 macam ni..
memang kerap la bawa buku latihan murid balik ke rumah..
masa di sekolah pula bukan setakat jam1.00 ja..
tapi kadang2 dari pagi hingga ke petang..
setiap hari sabtu pun memang di sekolah juga..
tahun ni baru 2 kali sabtu ja cuti sekolah..
maksudnya tak payah ke sekolah..
ni pula surat yg perlu diedarkan kepada semua murid..
1100 keping semuanya..
sudah siap cetak 1100 keping..
lebih 10 kali baca..
check format..
check ejaan..
check ayat..
check bahasa..
semua ok..
bila siap dicetak 1100 keping..
baru saya perasan..
terlupa tandatangan rupanya..
meraung pun tak guna lagi..
membazir kan sifat syaitan..
terpaksa la saya tandatangan satu per satu..
sambil tandatangan..
mental berkata kepada fizikal..
"buat kerja lebih rezeki pun lebih juga"
"anggap la ini satu senaman"
dan akhirnya siap juga..
sambil satu rumah gelakkan saya..
dan surat ni sudah pun diedar..
minggu depan kena proses pula..
banyak cuti..
cuti pun buat kerja juga tau..
3 comments:
wah banyaknya aunty. nampaknya saya kena bersedia mental dan fizikal untuk praktikum tahun depan.
aunty, yang pasal ROS tu kan, pengarah kami arahkan kami semua buat ROS di kawasan Keningau saja, tidak dibenarkan buat di kawasan pilihan sendiri. sebab semester lepas ada kes student tidak pegi menjalankan tugasan ROS (balik kampung duduk diam2 di rumah). pengarah dapat tahu terus dia tidak mahu kami buat di luar lagi. batch kami ramai student aunty, sekolah di Keningau tidak banyak mana. syukur saya dapat sekolah yang dekat dengan maktab dan boleh tumpang kereta kawan, kesian kawan2 yang lain tiada kereta, pastu kena bagi sekolah yang jauh2.
melepaslah peluang saya mahu melawat sekolah aunty. tiapa, melepas kali ni entah2 kena posting di sana pula. hehe. gurau2 ja...
bah aunty jaga2 kesihatan aunty ah. penat2 bertugas pun kesihatan tu yang penting. minum air banyak2 aunty, sekarang cuaca panas betul Ya Rabbi, ada lagi kebakaran di sana sini.
sentiasa ja sedia fizikal dan mental..kerja kita ni memang makin lama makin mencabar..lain tempat lain pula cabarannya..rasa berat atau ringan cabaran tu terpulang kepada diri kita untuk menerima menghadapi dan menangani..
aunty tunggu2 nurul datang sekolah aunty ni..ba,mana tau kena posting nanti kan..kita tunggu ja..
baru hari ni aunty mula kerja ni nurul..2 hari cuti sakit..hari isnin tu kena bawa p kecemasan di hospital terus kena suntik..aunty ingat aunty mau 'gol' sudah tu..hehe
ya bah aunty? aunty jaga2 kesihatan ah. sekarang ramai yang sakit. cuaca panas sekarang ni ramai yang demam, cirit birit, dll. petua yang biasa dengar orang cakap minum banyak air 100 plus, untuk kasi hidrat balik air dalam badan kita.
Post a Comment