apa la agaknya kaitan gambar buah ni dengan tajuk post saya ni.
hari ahad lepas saya terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. dia memperkenalkan diri dan nama itu asing bagi saya. rupanya dari seseorang yang pernah meminta sedikit bantuan. saya pun sebenarnya sudah lupa dengan orang ni kerana hanya bertemu sekali saja. namanya pun saya lupa sebenarnya..
alangkah terharunya kerana dia masih mengingati pertolongan yang dia terima. buah-buahan ni adalah sebagai tanda ucapan terima kasihnya. kebetulan pokok2 buahnya sedang berbuah lebat.
dapatlah kami sekeluarga turut merasa. buah langsat dalam 15kg, buah rambuatn dalam 5kg & 2 biji cempedak yang besar. bulan puasa ni macamana la mau makan semuanya. jadinya, jiran2 saya pun turut merasa juga. rezeki yang ada biarlah dikongsi bersama.
moral daripada kisah ini:
pertolongan yang ikhlas,
sedikit atau banyak,
pasti akan dapat balasan,
hanya cepat atau lambat saja,
&
kalau bukan kita yang dapat balasan,
mungkin anak cucu kita yang akan menerimanya..
jadi berilah pertolongan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan selagi kita berkemampuan memberi pertolongan..