Klik di sini..

Monday, January 31, 2011

Hari jadi kami..

keychain ini pemberian dari seseorang
kira-kira 6 atau 7 atau mungkin 8 tahun yang lalu..
hadiah sempena hari jadi saya yang entah ke berapa..
kami berkongsi bulan kelahiran sebenarnya..
kami juga berkongsi kerja..
berkongsi cerita..
baiknya dia..
kini kami telah terputus hubungan dan
entah bagaimana keadaannya sekarang..
tapi saya yakin dia amat gembira dan bahagia kini..
untuk pengetahuannya..
saya masih menyimpan keychain ini hingga sekarang..
 

Sunday, January 30, 2011

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


A fund that seeks to provide Unit Holders with a regular and consistent income stream whilst preserving the Unit Holders’ investment capital

Fund type / Category:
Income
Min initial investment:
500 units

What is Amanah Hartanah Bumiputera?

  • A Shariah Compliant Unit Trust
  • An opportunity to benefit from rental income of prime commercial properties.  

Investment Objective

The Fund seeks to provide Unit Holders with a regular and consistent income stream whilst preserving the Unit Holders' investment capital

Investment Strategy

The Fund will seek to achieve its investment objective by investing primarily in the beneficial ownership of real estate in Malaysia from the Sponsor in particular commercial properties including but not limited to office buildings, shopping complexes, commercial centres, logistics and industrial complexes. The Fund will also invest in Shariah-compliant money market instruments and equivalent instruments and hold cash to meet its liquidity requirements

Fund Manager

Mayban Investment Management Sdn. Bhd.

Potential Investors

  • Investors who seek capital preservation
  • Investors with low risk tolerance
  • Investors who wish to benefit from prime commercial property, via rental income.

Eligibility

  • Malaysian Bumiputera:
    • Akaun Dewasa (18 years and above)
    • Akaun Remaja (18 years and above as legal guardian for minors age three (3) months and above but below 18 years. Both legal guardian and minor must be Malaysian Bumiputera)
  • Bumiputera institution¹
    ¹Any Bumiputera institution's investment in the Fund is only by invitation from the Manager and the Sponsor

Minimum Initial Investment

500 Units

Maximum Investment

Limited to 200,000 Units per Unit Holder

Minimum Additional Investment

100 Units

Minimum Balance of Units

500 Units

Minimum Redemption

500 Units

Frequency of withdrawal

Once in a calendar month

Note:

The above details applicable to Individual Unit Holders only

Disclaimer: The information contained in this promotional material is general information only and does not take into account your individual objectives, financial situations or needs. You should seek your own professional advisers before investing.
Investors are advised to read and understand the contents of the Prospectus of Amanah Hartanah Bumiputera dated 29 November 2010 (expires on 28 November 2011), before investing. The Prospectus has been registered with the Securities Commission, Malaysia who takes no responsibility for its contents. A copy of Prospectus can be obtained from any of Malayan Banking Berhad's branches. You should be aware that the investments in unit trust funds carry risks. You should also consider the fess and charges involved before investing. Distributions payable, is any, may go up and down. Units, subject to availibility, will be issued upon receipt of completed application form accompanying the prospectus and subject to the terms and conditions therein.

untuk keterangan lanjut:
http://www.maybank2u.com.my/

Batasan aurat wanita..


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]


terfikir betapa banyaknya kekurangan diri ini..
andainya rambut saya secantik ini,rugi pula kalau orang tak nampak.berhabis duit buat di salon tak kan la ditutup pula.saya buat ni pun sebab supaya orang nampak cantik. betapa hidup ini penuh godaan.


perlukah saya berstokin??
 walau apa pun, menutup aurat atau tidak itu hak individu la kan..
sebelum mengata orang yang suka mendedahkan aurat kepada umum, cermin la diri sendiri dulu. sudah cukup ka menutup aurat sepanjang masa.

Wednesday, January 26, 2011

 saya terbaca tentang ini di zaimhilmi.blogspot


HUKUM DAN BEBERAPA PERKARA MENGENAI KUBUR BINAAN DI ATASNYA
(BILANGAN 183 BAHAGIAN PERTAMA )
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Tuntutan Anak soleh
Anak Salih akan sentiasa berusaha membuat kebajikan kepada kedua ibu bapanya, sekalipun mereka telah meninggal dunia. Sebenarnya hubungan antara kedua ibu bapa dengan anak tidak akan putus. Agamapun sangat menganjurkan agar anak-anak sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan kepada kedua ibu bapa mereka sama ada semasa hidup atau selepas kematian mereka. Antara yang disebut oleh agama sebagai salah satu sumber pahala kepada kedua ibu bapa yang terus mengalir, tidak putus-putus ialah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
باب الفطرة [ 128 ] أخبرنا الحسين بن عبد الله بن يزيد القطان حدثنا موسى بن مروان الرقي حدثنا مبشر بن إسماعيل عن الأوزاعي عن الزهري عن حميد بن عبد الرحمن عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه وينصرانه ويمجسانه
Maksudnya: “Daripada Abi Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila meninggal dunia seseorang itu, maka terputuslah daripadanya segala amalnya kecuali tiga perkara (iaitu) sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat atau anak salih yang sentiasa mendoakan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
SALAH SANGKA DIDALAM MEMAHAMI TUNTUTAN BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA YANG TELAH MENINGGAL

Atas dasar ingin berbakti itulah ada anak-anak akan melakukan sesuatu yang pada anggapan mereka sangat baik untuk kedua ibu bapa mereka yang meninggal. Antaranya ialah menambak kubur kedua ibu bapa, namun hukum menambak ini mungkin tidak begitu jelas bagi kebanyakan orang berbanding dengan hukum membina rumah atau kubbah untuk si mati. Persoalan menambak kubur inilah yang ingin kita bincang dan perjelaskan dalam keluaran Irsyad Hukum kali ini.
Perkataan menambak bererti membina, membuat benteng atau membentengi dengan tambak pada sesuatu. Manakala penambak pula ialah sesuatu yang dijadikan tambak seperti batu, tanah, simen dan lain-lain.
Sementara kubur ialah tanah yang digali dengan bentuk dan ukuran tertentu untuk menutupi atau mengebumikan mayat.
KATEGORI TANAH PERKUBURAN & HUKUM PENGGUNAANNYA :
Perlu diketahui bahawa tanah perkuburan orang Islam itu ada tiga jenis:
1. Tanah kubur yang diwakafkan kerana kubur orang Islam. Hukumnya tiada boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain selain daripada mengebumikan mayat orang Islam, sama ada telah hancur luluh tulang dan anggota-anggota mayat atau sebaliknya.
2. Tanah kubur yang dinamakan musabbalah iaitu tanah yang biasa digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk-penduduk di kawasan itu, sekalipun tidak diketahui asal puncanya dan tiada diketahui orang yang mensabilkannya. Maka tanah tersebut tidak boleh digunakan selain untuk mengebumikan mayat orang Islam. Walau bagaimanapun menurut pengarang Hasyiah At-Tuhfah, boleh digunakan tanah tersebut selain mengebumikan mayat jika tulang-tulang dan suku-suku anggota mayat yang dikubur di situ telah hancur luluh, dan tanah itu tidak digunakan lagi untuk mengebumikan mayat oleh penduduk-penduduk di kawasan itu pada masa sekarang dan berazam tidak akan mengebumikan mayat di tanah itu pada masa akan datang.
3. Tanah mawat, iaitu tanah yang bukan kebiasaannya digunakan untuk mengebumikan mayat di tanah tersebut atau tanah yang dimiliki oleh seseorang atau tanah yang dipinjam untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut. Apabila ditanam mayat pada salah satu dari tempat-tempat yang disebutkan, maka harus digali kubur itu apabila telah hancur luluh segala tulang dan suku-sukunya, serta harus digunakan semula tanah itu kerana tujuan-tujuan yang lain seperti bertani, dibuat jalan atau didirikan rumah, dalam makna yang lain tanah itu tidak lagi dinamakan tanah perkuburan.
Alhamdulillah, di Negara Brunei Darussalam tanah perkuburan orang-orang Islam dijaga dan dipelihara sebagaimana tuntutan syara‘. Bahkan ada kawasan (harim) kubur dikelilingi dengan pagar. Manakala sebahagian tanah-tanah perkuburan orang Islam itu disediakan pekerja-pekerja untuk menggali liang lahad dan membersih kawasan-kawasannya.
HUKUM MEMBINA BINAAN DI ATAS KUBURAN :

Adapun binaan di atas kubur seperti yang banyak kita saksikan sekarang seperti Tajsis kubur ( membina tembok dinding dikeliling kubur), dinding pagar dan sebagainya, tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan lain-lainnya adalah antara perkara yang diharamkan.
DALIL :
Hadith Nabi saw riwayat Jabir rh :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62) وأبو داود (2/71) والنسائي (1/284-285،286) والترمذي (2/155) وصححه، والحاكم (1/370)والبيهقي(4/4)وأحمد (3/295،332، 339، 399).والزيادتان لابي داود والنسائي،وللبيهقي الاولى
“Rasulullah saw menegah dari mengecat kubur dan duduk diatasnya serta membina binaan diatasnya” (atau menambah2 ketinggiannya), (atau menulis keatasnya) [hadith dikeluarkan oleh Muslim 3/62, Abu Daud 2/71, al-Nasaai 1/286-284, al-Tirmudzi 2/155, al-hakim 1/370, Ahmad 3/332.339,399 - Dua2 tambahan oleh abu Daud & al-Nasaai, dan yang pertama oleh al-Baihaqi]
PANDANGAN FUQAHA’ SYAFIEYYAH :
Tentang hadis larangan binaan di atas kubur, Imam Syafie menerangkan hukum dan sebab larangan tersebut di dalam kitab Ummnya (bab jenazah):
1) IMAM SYAFIE :
" ورأيت من الولاة (بمكة من يهدم ما يبنى فيها ولم أر فقهاء يعيبون عليه ذلك ولأن في ذلك تضييقا على الناس "
Ertinya: “ Aku melihat pembesar di Mekah meruntuhkan binaan-binaan kubur yang ada padanya dan aku tidak melihat para Fuqaha (Mujtahid) yang mencela perbuatan pembesar tersebut [yg meruntuhkan binaan ats kuburan] dan kerana pada binaan itu menyempitkan tanah perkuburan ke atas orang ramai.”Katanya lagi:
" فان كانت القبور في الأرض يملكها الموتى في حياتهم أو ورثتهم بعدهم , لم يهدم شىء يبنى منها وانما يهدم ان هدم ما لا يملكه أحد فهدمه لئلا يحجر على الناس "
Ertinya: “ Maka jika adalah perkuburan di dalam tanah yang dimiliki oleh orang-orang mati semasa hidup mereka atau diwarisi oleh pewaris selepas kematian mereka, nescaya tidak boleh diruntuhi sesuatu binaan di dalamnya. Hanya diruntuhi sesuatu binaan di dalam tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun maka hendaklah diruntuhinya supaya tidak menegah orang ramai untuk tanam mayat yang lain.”
2) Ibnu Hajar Haitami
Bila ditanyakan fatwa kepada Ibnu Hajar Haitami tentang suatu binaan, beliau menghukumkan haram binaan itu dan menyatakan sebab ( ألعلة ) pengharaman tersebut dengan katanya (Fatawa Kubra, bab jenazah):
" ولوجود علة تحريم البناء في ذلك وهى تحجير الأرض على من يدفن بعد بلاء الميت اذ الغالب أن البناء يمكث الى ما بعد البلى وأن الناس يهابون فتح القبر المبني فكان في البناء تضييق للمقبرة ومنع الناس من الانتفاع بها فحرم "
Ertinya: “Kerana terdapat sebab pengharaman binaan pada binaan yang berkenaan iaitu menegah tanah kubur daripada ditanamkan mayat lain selepas hancur mayat di dalam kubur itu. Ini kerana, kebiasaannya binaan di atas kubur menjadi kekal sehinggakan selepas masa hancurnya mayat, dan orang ramai takut hendak membuka kubur yang dibinakan di atasnya. Maka binaan itu menyempitkan tanah perkuburan dan menegah orang ramai daripada mengambil manfaat dengannya lalu ia menjadi haram.”

3) IMAM NAWAWI :

Imam al-Nawawi rh. berkata : MAKRUH : mengecat, membina bangunan dan menulis diatas kubur.
HARAM : Jika dibina bangunan diatas kubur orang awam (musabbalah@ WAQAF) maka hendaklah dimusnahkan” (Minhaj al-Thalibin, ms 360). Didalam al-Majmu’, al-Nawawi mengatakan : “Berkata sahabat-sahabat kami Rahimahullah: “Tidak ada perbezaan antara membina bangunan (di atas kubur) sama ada membina kubbah atau rumah atau seumpama keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika kubur itu kubur musabbalah (kubur orang awam) adalah haram di atasnya berbuat demikian…. Jika sekiranya kubur itu milik persendirian, adalah harus membina bangunan, ianya dihukumkan makruh dan tidak perlu dirobohkan” [al-Majmu‘: 5/260].
Beliau berpendapat bahawa binaan tersebut jika berlaku diperkuburan awam, maka hukum membinanya adalah haram, dan jika ia berada ditanah persendirian, maka hukumnya cuma makruh sahaja.
KHULASAH :
Beberapa perkara yang difahami daripada huraian Imam Syafie adalah:-1) Binaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri2) Binaan di dalam tanah perkuburan disabilkan3) Binaan yang menyebabkan:a) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)b) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihanPara ulama yang mengikuti Imam Syafie menghuraikan maksud sebenar perkataan Imam mereka tentang Hukum Binaan tersebut, adalah seperti berikut:-
a] Maksud sebenar Binaan tersebut dan dimakruhkan di tanah perkuburan milik sendiri

Binaan yang di maksudkan itu ialah :
1. binaan yang sama betul dengan liang lahad mayat (tidak memakan ruang yang terlebih luas)
2. binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripada itu seperti kubah, masjid, bilik dan lain-lain. Binaan tersebut dimakruhkan di dalam kawasan tanah kubur milik persendirian. Ini adalah pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie.
HUJAH YANG MEMAKRUHKANNYA :

1) kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami
Tersebut di dalam kitab Tuhfah bagi Ibnu Hajar Haitami ketika mensyarahkan matan Minhaj Imam Nawawi (bab jenazah) :
"ويكره تجصيص القبر والبناء عليه في حريمه وخارجه, نعم ان خشي نبش أو حفر سبع أو هدم سيل لم يكره"
Dimakruhkan (dalam tanah perkuburan milik sendiri) memutihkan kubur dengan kapur dan membuat binaan} di atas kubur pada permukaan liang lahadnya dan ruang yang terlebih luas daripada itu, sungguh pun begitu tiada makruh jika takut dibongkari (oleh pencuri kain kapan atau dibongkari untuk ditanam jenazah lain sebelum hancur jasadnya), digali binatang buas atau diruntuhi air banjir yang deras.”

2) Hasyiah As-Syarwani
menjelaskan lagi perkataan Ibnu Hajar itu di dalam Hasyiahnya:
" أي ويكره على القبر في حريمه وهو ما قرب منه جدا وخارج الحريم هذا في غير المسبلة "
Ertinya: “ Iaitu dimakruhkan binaan di atas kubur pada permukaan liang kubur iaitu ruang atau tanah yang betul-betul hampir dengan liang lahad kubur dan dimakruhkan juga pada ruang atau tanah yang terlebih luas daripada liang kubur tersebut. Hukum makruh terbabit adalah di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan ( iaitu tanah perkuburan milik sendiri).”

3) Mughni Muhtaj
Di dalam kitab Mughni Muhtaj, bab jenazah: “ Sesetengah ulama mazhab Syafie menyesuaikan perkataan Imam Nawawi di dalam matan Minhaj dan perkataannya di dalam Majmuk dan lain-lain, dengan memberi maksud bahawa dimakruhkan apabila dibina hanya di atas kubur, dengan makna adalah binaan itu berada sama betul dengan permukaan liang kubur. Diharamkan binaan itu apabila didirikan di atas kubur , kubah atau bilik yang didiami. Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”

4) Terdapat Pendapat yang lemah di dalam mazhab Syafie yang menyatakan bahawa dimakruhkan binaan yang tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada permukaan liang lahad kubur dan diharamkan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas daripadanya, sama ada binaan berkenaan di dalam tanah perkuburan milik sendiri atau tanah perkuburan yang disabilkan.Pendapat yang muktamad adalah haram semata-mata (tanpa membezakan di antara binaan sama betul dengan liang lahad dan binaan yang terlebih luas daripada itu).”
HUKUM BINAAN Di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri
1- harus serta tiada makruh
Binaan seperti kubah, bilik, masjid dan lain-lain, tiada haram serta tiada makruh sekiranya dibina di atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada di dalam tanah perkuburan milik sendiri.

Tujuan diharuskan :

1) didirikan binaan tersebut adalah untuk menggalakkan orang ramai datang menziarahi kubur
2) sempena mengambil berkat.Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226):
" قال بعضهم الا في صحابي ومشهور الولاية فلا يجوز وان انمحق ويؤيده تصريحهم بجواز الوصية بعمارة قبور الصلحاء أي في غير المسبلة على ما يأتي في الوصية لما فيه من احياء الزيارة والتبرك "

Ertinya: “ Sesetengah ulama syafie berkata: “ Melainkan pada kubur sahabat dan mereka yang masyhur dengan kewalian maka tiada harus membongkarkan kuburnya, sekalipun telah hancur jasadnya. Pendapat mereka dikuatkan dengan kenyataan fuqaha bahawa diharuskan berwasiat supaya dibangunkan binaan di atas kubur orang yang soleh, iaitu di dalam tanah perkuburan yang bukan disabilkan, mengikut keterangan yang akan datang pada bab wasiat. Keharusan itu bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan ziarah dan sempena mengambil berkat.”
b] Binaan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan atau diwakafkan
Hukumnya haram :

haram membina kubah, bilik, rumah atau masjid di atasnya. Wajib diruntuhkan binaan tersebut walaupun didirikan atas kubur para nabi, wali, ulama dan syuhada. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab syafie.
hujah-hujah :

1) kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli

Tersebut di dalam kitab Nihayah bagi Syeikh Ramli ketika mensyarahkan Minhaj Imam Nawawi, bab jenazah:"( ولو بني في مقبرة مسبلة, هدم البناء وجوبا لحرمته ولما فيه من تضييق على الناس وسواء أبني قبة أو بيتا أو مسجدا أم غيرها "Ertinya: “ (Jika dibinakan di atas kubur di dalam kawasan perkuburan yang disabilkan nescaya mesti diruntuhkan) binaan itu sebagai hukum yang wajib. Ini kerana binaan tersebut adalah haram dan kerana terdapat padanya sebab (العلة pengharaman iaitu menyempitkan (tanah perkuburan yang disabilkan). Hukumnya tetap seperti itu, sama ada dibinakan kubah, bilik (rumah), masjid atau lainnya.”
Apakah hikmah larangan ini?

1) sikap melampau terhadap kubur yang akhirnya membawa kepada penyembahan
Kerana ianya boleh menjadi sebab kepada sikap melampau terhadap kubur yang akhirnya membawa kepada penyembahan. Sebab itu datang juga larangan mengebumikan mayat di masjid. Adapun kubur Nabi sesungguhnya ia tidak berada di dalam masjid akan tetapi Nabi dikuburkan di rumah baginda (ini merupakan antara perkara-perkara khusus yang dibolehkan bagi nabi sahaja) adapun jasad Abu Bakar dan Umar kerana permintaan mereka untuk dikebumikan bersama baginda kerana mereka berdua adalah sahabat Nabi yang paling akrab dan mulia yang sering menemani Nabi kemana sahaja baginda berada.

2) Mengelak daripada menyerupai orang Yahudi & penganut agama lain.
A] Nabi bersabda bermaksud: "Allah melaknat orang Yahudi yang menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid". Hadis ibnu Abbas riwayat Bukhari.
B] Penganut Cina & Kristian bermegah-megah dengan binaan kuburan mereka :
- ancaman keras Nabi dlm sebuah hadis ” من تشبه بقوم فهو منهم ’ yg brmksud ” sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka dia juga termasuk dlm klgn mrk ” [Rwyt Imam Abu Dawud, hadis No: 3512 ].

3) Prof Dr Refaat Fawzi (Universiti Kaherah) menjelaskan kenapa dilarang melakukan binaan keatas kubur. Diantaranya penjelasan beliau adalah :-
a. Larangan yang datang dari hadith sahih, riwayat Jabir :
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62)
b. Dalil yang membenarkan ditanam mayat lain diatas kuburan yang lama, sebagaimana kubur di bandar Makkah dan Madinah.
c. Bagaimana pula dengan mayat2 yang mati di laut, sudah tentu binaan2 tidak diperlukan langsung. Kalau begitu, ramailah anak-anak generasi terdahulu yang ke Mekah naik kapal laut, lalu mati dilaut, maka dkuburkan sahaja kedalam laut, jadi anak yang derhaka!!!

d- bagaimana pula dgn tragedi di Kampung Pariaman, Jambi Sumatera, yang diisytiharkan “Kubur Besar”, setelah operasi menyelamat buntu. Mcmna anak/waris nak buat binaan ats kwsn tu, sedangkan sudah tidak dapat dikenalpasti lg dibawah tanah itu jasad siapa ?

4) MEMBUKA RUANG KEPADA ORG YG JAHIL DUDUK SEMBARANGAN DI ATAS KUBUR
An-Nawawi berkata dalam syarah soheh Muslim: "Nabi melarang Tajsis kubur dan membina diatasnya dan juga duduk di atas kuburan" dalam hadis ini larangan Tajsis kubur , membina binaan diatasnya dan duduk diatas kuburan. Yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk, ini merupakan mazhab Syafie dan jumhur ulama. Imam Malik berkata dalam kitabnya Muwatto’ : "yang dimaksudkan dengan “قعود “ ialah duduk". Antara yang menyokong perkara ini ialah riwayat lain yang menyebut: "jangan kamu duduk di atas kuburan). dalam riwayat yang lain pula disebut: ( Demi sesungguhnya seseorang dari kamu duduk diatas bara api kemudian bajunya terbakar sehingga memakan kulit badannya lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kubur). An-Nawawi berkata lagi: "Telah berkata sahabat-sahabat kami (ulama Syafie): Tajsis kubur itu makruh, dan duduk diperkuburan adalah haram, demikian juga menyandar di atas perkuburan.

RUJUKAN
1. Prof Dr Refaat Fawzi. البناء فوق المقابر . URL :
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528610462
2. Syeikh Nasyiruddin al-Albani. أحكام الجنائز وبدعها. cet baru. Riyad : Maktabah al-Ma’aarif, 1993.bagaimana pula dengan binaan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan ?

a] haram secara mutlak

1- kitab tuhfatul muhtaj , ibnu hajar

[ DIFAHAMI SECARA MAFHUM MUKHALAFAH ]
Diharamkan binaan tersebut walaupun di atas kubur para nabi, wali, ulama dan lain-lain di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana kenyataan Ibnu Hajar di dalam Tuhfahnya, bab jenazah (jilid 3, m/s 226) yang telah lalu mengikut beliau binaan seperti kubah, bilik, rumah dan masjid tidak dimakruhkan di atas kubur mereka sekiranya di dalam kawasan tanah perkuburan milik persendirian. Maka difahami daripada perkataan beliau bahawa binaan tersebut diharamkan di dalam tanah perkuburan yang disabilkan.

Diharamkan kerana :
1) terhalang daripada ditanamkan mayat lain (bila berlaku kesesakan)
2) menyempitkan tanah perkuburan dengan perkara yang berlebih-lebihanb] diharuskan dengan beberapa syarat:

Binaan yang diharuskan di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan di sabilkan ialah hanyalah :
1- binaan seperti simen, marmar dan lain-lain
2- binaan itu tidak memakan ruang yang terlebih luas daripada liang lahad kubur.

Rujukan & hujah sandaran :

1- Ini ada dinyatakan di dalam Nihayah karangan Syeikh Ramli bab jenazah
(jilid 3, m/s 41,عند قول المتن لا للتكفين على الأصح )
2- Terdapat pendapat yang lemah di dalam mazhab syafie bahawa diharuskan binaan yang memakan ruang yang terlebih luas seperti kubah, bilik dan lain-lain di atas kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya di dalam tanah perkuburan yang disabilkan sebagaimana yang tersebut di dalam kitab ‘Iaanah AtThalibin (Fasal : solat ke atas simati, jilid 2 : m/s120) :
" وقال البجيرمي : واستثنى بعضهم قبور الأنبياء والشهداء والصالحين ونحوها (برماوي , وعبارة الرحماني : نعم قبور الصالحين يجوز بناؤها ولو قبة لاحياء الزيارة والتبرك , قال الحلبي : ولو في مسبلة وأفتى به وقد أمر به الشيخ الزيادي مع ولايته..."
3- Ertinya: “ Al-Bujairimi berkata: Sesetengah ulama mazhab syafie mengecualikan (daripada hukum haram) kubur para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan seumpamanya (nukilan Barmawi).
4- Teks Ar-Rahmani menyebut: Sungguhpun begitu, kubur orang-orang soleh diharuskan membina di atasnya, sekalipun binaan kubah bertujuan memakmurkan dengan ziarah dan mengambil berkat.
5- Al-Halabi berkata: Walaupun di dalam tanah perkuburan yang disabilkan dan beliau berfatwa sebegitu.
6- Sesungguhnya Syeikh Ziyadi memerintahkan supaya didirikan binaan tersebut ketika beliau berkuasa…..”
Bolehkah membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain?

1) dilarang & diharamkan
Larangan membongkar kubur sahabat dan wali setelah hancur jasad mereka untuk ditanam jenazah lain.

2) Untuk mengelaknya daripada berlaku
Kerana larangan inilah, diharuskan binaan di atas liang lahad kubur mereka supaya tidak dibongkarkan untuk ditanam jenazah lain.Beliau menukilkan perkataan Muwaffiq bin Hamzah yang mengharuskan berwasiat untuk membina binaan di atas kubur sahabat dan wali bertujuan memakmurkan kubur mereka dengan menziarahi dan mengambil berkat.

3) Bentuk binaan yang dibenarkan & rujukannya :

Binaan yang dimaksudkan oleh nukilan Syeikh Ramli itu ialah hanyalah :
a) binaan di atas liang lahad kubur para nabi, wali, ulama dan seumpamanya sahaja seperti disimen dan dipasangkan marmar,
b) bukan binaan yang memakan ruang lebih luas daripada itu, seperti kubah, bilik, rumah, masjid dan lain-lain.
c) Rujukan : Ini sebagaimana yang telah diterangkan oleh Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah (jilid 3 : m/s 41 bab jenazah) dengan katanya:
" والمراد بعمارة ذلك بناء محل الميت فقط لا بناء القباب ونحوها "
Ertinya: “ Dimaksudkan dengan mendirikan binaan tersebut ialah binaan di tempat liang lahad simati (nabi, wali, ulama dan seumpamanya) sahaja, bukannya binaan segala kubah dan seumpamanya.”

4) Pendapat yang muktamad

Al-Allamah Ali Syibramalisi di dalam Hasyiah Nihayah juga menegaskan: “ Pendapat yang muktamad ialah apa yang dikatakan oleh Syeikh Ramli di dalam bab jenazah iaitu :
A] harus berwasiat untuk meratakan tanah kubur para nabi dan orang soleh serta
B] membangunkan binaan (yakni binaan seperti simen, marmar) di atas kubur mereka di dalam tanah kubur yang disabilkan.”(حاشية الشرواني على التحفة : كتاب الوصايا وما يتعلق به عند قول المتن واذا أوصى لجهة عامة فالشرط أن لا تكون معصية : ج 3/ ص 6)
dipetik drp:
http://halimislam.multiply.com/journal

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يجصص القبر ،وأن يقعد عليه،وأن يبى عليه،[ أو يزاد عليه ]،[ أو يكتب عليه] ). أخرجه مسلم (3/62)



Kertas Rujukan disediakan oleh :
Mohd Zaiem Hilmi Bin Husin
[ untuk dibentangkan pada Slot Kemusykilan Agama Tawau FM, bertarikh 16 Oktober ]

Tuesday, January 25, 2011

Bangkai gajah..



Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru??

*********************

akhirnya, terbongkar juga pembohongan-pembohongan dan kepura-puraannya selama ini..
tanpa sengaja dan semuanya secara kebetulan, satu demi satu aku menemui bukti-bukti kepalsuan cerita-ceritanya beberapa tahun ini..
Tuhan tunjukkan juga akhirnya..

***************

Monday, January 24, 2011

Mengata dulang paku serpih..



Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Takrif

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. 
bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
 
 
 serpih bersinonim dengan sumbing, serpai, sompek, rompes, pecah sedikit, cemoek, sobek, cebeh-cebeh, sontak.


******************************************************************
hakikatnya, sedap ja rasa mulut kalau dapat mengata orang lain
 
*********************************************

bila hati mati, apa lagi yang boleh dipercayai..

 

Thursday, January 20, 2011

Tips & trik jitu mengatasi emosi remaja..



1. Curhat Untuk Memancing Curhat. Bila pertanyaan “ada masalah apa?” dijawab dengan “nggak ada masalah” yang dingin, ceritakanlah sebuah kisah yang sifatnya personal. Namun ingat jangan pernah sekali-kali mengawali kisah Anda dengan kalimat “Saat saya seumuran kamu.” Kalimat itu sama basinya dengan sayuran kemarin sore. Cobalaha kalima tbaru seperti, “Memang saya tidak tahu bagaimana rasanya jadi anak usia 15 tahun di jaman seperti sekarang ini. Tapi sata tahu rasanya jadi orang yang kesepian.”

2. Kritiklah Kelakukannya, Bukan Anak Anda. Jangan katakan, “Hanya orang bodoh yang merokok!” namun katakan “Saya marah karena kamu telah mengambil keputusan yang salah.”. Anak Anda akan mengerti dia harus mengendalikan tingkah lakunya, demikian menurut Marc A. Zimmerman, Ph.D, profesor psikologi dari University of Michigan.

3. Carilah kejadian-kejadian yang bisa menjadi pelajaran. Jadikanlah sebuah kejadian sebagai pembuka obrolan. Misalnya saat Anda dan anak perepuan Anda berjalan di supermarket dan melihat tabloit dengan headline ‘Ariel Peterpan Punya Banyak Pacar’. Headline seperti ini bisa Anda jadikan sebagai topik pembukaan untuk masuk ke percakapan mengenai seks. Berada di luar rumah juga dapat memudahkan terjadinya pembicaraan-pembicaraan seperti di atas, karena anak sering berpikir bahwa rumah adalah wilayah kekuasaan orang tuanya.

4. Jangan Menghilang. Saat anak remaja Anda berkata “Pergi saja” ini bisa berarti, “Tinggalkan saya sendirian saat ini, namun datanglah beberapa saat lagi.” Tunjukan kepedulian Anda dengan menyelipkan nota kecill di bawah pintunya yang menyatakan bahwa dia sangat berarti bagi diri Anda. “Bila Anda menjauhi Anak Anda di saat seperti ini, Anda tidak akan mengetahui hal-hal apa yang dianggap penting oleh anak Anda.” menurut Nancy Molitor, Ph.D, asisten profesor untuk bidang psikologi klinis di Northwestern University Medical School. Saat Anda dan anak Anda punya waktu untuk duduk bersama dan membahas masalahnya, ingatkan anak Anda bahwa dialah orang nomor satu dalam hidup Anda dengan cara memastikan segala alat komunikasi Anda.

5. Pahami Kamus Bahasanya. Memahami perkataan mereka dan makna sebenarnya merupakan hal yang harus Anda kuasai. seperti: 1) “Saya Baik-Baik Saja” artinya “pertanyaan ayah terlalu sederhana dan tidak berarti, saya tidak punya waktu untuk pertanyaan seperti itu sekarang.”, cobalah tanyakan siapa yang membuatnya kesal. 2) “Jangan Sekarang!” artinya “saya ingin mencari jalan keluar sendiri, jadi saya akan beritahu kapan kita bisa bicara., cobalah cari tahu kapan anak Anda bisa nongkring sambil makan es krim bersama. 3) “Terserah Deh!” artinya “Saya tidak tahu apa yang sedang saya rasakan atau apa yang ingin saya katakan -saya sedang mengulur waktu.”Anak Anda merasa bahwa pertanyaan Anda menggangu. 4) “Saya Benci Ayah!” artinya “Saya sedang marah (bila dia benar-benar membenci Anda, dia tidak akan mengatakannya langsung). Tanyakan mengapa dia marah. 5) “Ayah Payah!” artinya bahwa kata ini merupakan versi lebih kejam dari nomor 4. Cobalah buat rumah Anda bebas dari kata-kata makian dan penuhi peraturan itu.

sumber: tipsanda.com

Demam..Batuk..Selesema..

hari ini saya demam, batuk dan selesema..doakan saya cepat sembuh..
 
Demam

Pengenalan
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit
lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai
penyakit-penyakit yang ringan (tidak serius). Suhu badan normal adalah 37°C, jika melebihi
tahap ini anda akan disahkan demam.

Penyebab Demam

• Ia biasanya berkaitan dengan jangkitan virus seperti selsema, sakit tekak, sakit telinga,
cirit birit, denggi, dan HIV.
• Jangkitan bakteria seperti radang appendiks, jangkitan pada paru-paru (pneumonia),
batuk kering (TB) dan jangkitan pada selaput otak (meningitis)
• Demam malaria
• Penyakit sendi
• Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
• Barah

Rawatan

Rawatan dirumah :

• Jika demam itu tidak teruk tiada rawatan yang diperlukan
• Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam
badan.
• Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
• Cuba mandi dengan menggunakan air panas suam untuk meredakan demam.
• Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
• Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :
• Jika suhu badan melebihi >39°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
• Baru pulang dari perjalanan luar Negara.
• Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakitsakit
sendi, atau bengkak-bengkak badan
• Sakit perut, mata atau tulang pipi.
• Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
• Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
• Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
• Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
• Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
• Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan
• Elakkan dari mendekati seseorang yang sedang demam
• Mengamalkan kebersihan .
• Ambil diet yang seimbang dan sihat.

Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?
• Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinik, yang sesuai dari
farmasi untuk mengukur suhu badan.
• Basuh jangkasuhu badan (termometer) dengan sabun, terutamanya kawasan bulat
yang dimasukkan ke dalam mulut.
• Goncangkan termometer untuk memastikan tahap merkuri bawah dari 35°C.
• Letakkan termometer di bawah lidah atau lengan.
• Alihkan termometer selepas 4 minit di bawah lidah dan 5 minit di bawah lengan. (jika
suhu diambil di bawah lengan, tambahkan 0.5°C untuk suhu badan luaran yang
rendah).
• Ambil bacaan setelah tahap merkuri berhenti.
Bolehkah Kita Menjangka Suhu Badan Berdasarkan Jangka Suhu Telinga
Atau Perubahan Warna Kulit?
• Jangka suhu telinga sering digunakan tetapi kurang tepat.
• Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.
Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

Semakan terakhir : 28 April 2008

Batuk

Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis)
• Alahan
• Asma
• Merokok
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux
disease (GERD)
• Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
• Tekanan
• Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang
digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air
untuk mengelakkan kahak yang banyak.
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang
kering dan kerap.
• Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula
ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
• Berhenti merokok
• Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya
perlu
• Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis
ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan
suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila anda perlu berjumpa doktor?
• Batuk yang mengeluarkan darah
• Baru pulang dari perjalanan luar negara
• Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
• Semput / sesak nafas, sakit dada
• Demam yang berpanjangan
• Mengandung
• Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
• Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
• Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan
• Amalkan tabiat kebersihan yang baik
• Minum banyak air
• Tangani tekanan dengan baik
• Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
• Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
• Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
• Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit
paru-paru (COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada
gula-gula ubat batuk?
Tidak.
Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.
Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu
mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
Tidak.
Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan anda
mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk
dan selesema?
Tidak.

Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang
dengan sendirinya.

Semakan Akhir : 28 April 2008

Selesema

Pengenalan
"Influenza" menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang (hidung, tekak dan paru-paru).
Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.
Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A dan B. Jenis-jenis virus influenza yang
menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Wabak terbaru iaitu ´Avian
Flu´ (selesema burung) telah menyerang banyak negara.
Jangkitan boleh merebak kepada orang lain melalui udara yang di cemari oleh batuk, bersin
dan bercakap dengan pengidapnya.

Tanda dan Gejala

Flu tidak sama dengan selesema biasa. Gejala Flu biasanya lebih teruk dan mungkin
memerlukan anda berehat dari tugas harian.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukkan :
• Demam tinggi (39 – 40°C)
• Sakit kepala yang teruk
• Sakit dan lenguh-lenguh badan
• Ketidakselesaan bernafas
• Batuk mungkin menjadi teruk
• Letih lesu
• Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
• Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak.
Manakala selesema pula pesakit jarang mendapat demam,sakit kepala dan letih lesu tak
bermaya. Mereka biasanya mengadu hidung tersumbat batuk dan sakit tekak.

Komplikasi
Untuk individu sihat, flu akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari dan gejala teruk
berkurangan dalam masa 3 hingga 4 hari.
Komplikasi yang teruk termasuklah :
• Pneumonia(jangkitan paru-paru)
• Jangkitan sinus
• Jangkitan telinga
• Jangkitan selaput meninges otak

Pesakit yang berisiko mendapat komplikasi adalah :
• Kanak-kanak dibawah umur 4 tahun
• Penghuni Rumah Orang Tua ("Nursing Home")
• Warga Emas
• Wanita Hamil
• Penderita sakit paru-paru seperti COPD, kegagalan fungsi jantung dan ginjal
• Pesakit HIV/AIDS
• Pesakit kanser

Rawatan
Penjagaan di rumah yang sempurna dapat melegakan gejala dan komplikasi yang mungkin
timbul.
• Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu
mimbina pertahanan badan.
• Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol (Panadol)
dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
• Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan
hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
• Minumlah air yang .
Dapatkan rawatan dari klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejala-gejala lain.
Pencegahan
• Jauhkan tempat yang sesak.
• Orang dewesa berumur 50 dan keatas, pesakit-pesakit COPD dan kumpulan lain yang
berisiko, dapatkan suntikan vaksin flu shot bagi mencegah selesema.

Soalan Lazim
Adakah terdapat ubat tertentu bagi merawat influenza?
Ya, terdapat ubat-ubat anti virus bagi merawat keadaan yang teruk.
Adakah sebarang vaksinasi (pelalian) untuk mengelak selesema?
Tiada sebarang vaksinasi (pelalian) bagi merawat selesema kerana virus selesema yang
berbagai dan tidak spesifik seperti influenza.

Semakan Akhir : 28 April 2008

sumber: infosihat.gov.my

Wednesday, January 19, 2011

Ayah aku mohon maaf..

wajah seminggu sebelum bapa pergi buat selama-lamanya..
ini wajah terakhir bapa yang sempat saya abadikan semasa hayatnya..
pada hari ini bapa berperangai agak pelik. ketika dalam kereta bapa menutup kepala dan sebahagian wajahnya dengan sehelai tuala. bila saya tanya kenapa, bapa jawab
'malu orang nampak rambut bapa yang buruk ni'
pada hal rambut bapa biasa-biasa saja seperti selalunya.
sampai di tempat yang kami patut turun,
bapa berkeras mau duduk dalam kereta saja.
puas saya pujuk, akhirnya dia turun juga.
rupanya itulah tanda-tanda terakhir yang dia akan pergi buat selama-lamanya..


Ebiet G.Ade - Ayah Aku Mohon Maaf

Dan pohon kemuning akan segera kutanam
Satu saat kelak dapat jadi peneduh
Meskipun hanya jasad bersemayam di sini
Biarkan aku tafakkur bila rindu kepadamu

Walau tak terucap aku sangat kehilangan
Sebahagian semangatku ada dalam doamu
Warisan yang kau tinggal petuah sederhana
Aku catat dalam jiwa dan coba kujalankan

Meskipun aku tak dapat menungguimu saat terakhir
Namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat
Dengan senyum dan ikhlas aku yakin kau cukup bawa bekal
Dan aku bangga jadi anakmu

Ayah aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah engkau ajarkan kepadaku
Setiap sujud sembahyang engkau hadir terbayang
Tolong bimbinglah aku meskipun kau dari sana

Sesungguhnya aku menangis sangat lama
Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang
Sesungguhnyalah aku merasa belum cukup berbakti
Namun aku yakin engkau telah memaafkanku

Air hujan mengguyur sekujur kebumi
Kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal

Ayah aku mohon maaf atas keluputanku
Yang aku sengaja maupun tak kusengaja
Tolong padangi kami dengan sinarnya sorga
Teriring doa selamat jalan buatmu ayah tercinta


Tuesday, January 18, 2011

Mimpi..mimpi dan mimpi lagi..



Fenomena Mimpi Jadi Kenyataan
Artikel Oleh: Pn Hasnizar binti Ahmad Puat


   Bagi sebagian orang, mimpi hanyalah sekadar ‘bunga tidur’ yang tiada ada ertinya. Namun bagi sebahagian yang lain, mimpi dianggap sebagai petanda atau firasat akan terjadinya suatu hal dan memiliki makna yang khusus. Selain itu, mimpi juga kerap kali dikaitkan dengan angka-angka untuk berbagai keperluan. Mimpi merupakan sebuah perpaduan antara kebudayaan, kepercayaan, dan teknologi informasi, kini hadir untuk membantu anda mengupas tuntas tentang penafsiran mimpi.

Sekilas Mimpi
   Mimpi sebagai salah satu jenis aktiviti alam bawah sedar, merupakan wujud komunikasi antara tubuh, fikiran, dan jiwa kita. Mimpi juga melibatkan penglihatan, pendengaran, emosi, dan indera-indera yang lain, walaupun yang menjadi pameran utama sebenarnya adalah faktor kemampuan otak.
Perbincangan mengenai tafsir mimpi sudah berlangsung sejak zaman kuno. Pada zaman tersebut mimpi selalu dihubungkan dengan dewa-dewa, setan, dan hal-hal supranatural yang lainnya. Anggapan-anggapan seperti itu mulai bergeser saat Aristoteles (384-322 SM) mengemukakan pandangannya bahwa mimpi merupakan aktiviti mental ketika seseorang tidur. Saat tidur indera tetap bisa menangkap rangsangan dari luar, dan diperbesar melalui mimpi. Misalnya ketika seseorang kedinginan pada waktu tidur bisa bermimpi sedang berada di lautan salju.

Interpretasi tentang mimpi

   Sepeninggalan Aristoteles, penafsiran dan interpretasi tentang mimpi semakin berkembang. Yang paling popular adalah pandangan Macribius dan Artemidorus, yang membahagikan mimpi menjadi 2 bahagian, iaitu :
 - Mimpi yang berkaitan dengan masa lalu dan masa sekarang
 -   Mimpi yang berkaitan dengan masa depan, ada 3 yaitu : mimpi kenabian atau mimpi yang membawa pesan dari Tuhan (oraculum), mimpi yang meramalkan peristiwa yang akan terjadi pada masa mendatang (visio), dan mimpi simbolis yang hendaknya ditafsirkan secara hati-hati (somnium)
Dan pada perkembangannya, penafsiran atau interpretasi tentang mimpi seakan-akan berhubungan dengan kebiasaan, adat istiadat, dan kebudayaan di dalam masyarakat.

Mimpi Menurut Islam

Penafsiran Mimpi Menurut Syarak
   Alhamdulillah segala puji selayaknya hanya untuk Allah yang telah menjadikan malam dengan dua kesitimewaan, iaitu tidur dan mimpi.Selawat serta salam mudah-mudahan tetap kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya menafsirkan mimpi adalah perkara yang membolehkan dan menjadikan hati tenang khususnya setelah bermimpi, samaada mimpi baik atau mimpi buruk.Yang di maksudkan memberi ketenangan adalah apabila bermimpi tentang kebaikan, ia bermakna khabar gembira tetapi jika ia bermimpi tidak baik ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.Sebagai contoh mimpi tenggelam di dalam laut dan tidak dapat menyelamatkan diri, ia bermakna akan terjadi perkara yang buruk.

Tindakan Setelah Mimpi
   Berbagai cara dan sikap manusia dalam menghadapi mimpi, setelah mereka bermimpi.Oleh itu Islam telah memberi kita tunjuk ajar dan panduan tentang sikap yang perlu kita lakukan setelah kita bermimpi.
Di dalam sebuah hadith yang bermaksud :

" Tidak tetap kegembiraan kecuali mimpi tentang perkara yang baik di mana yang bermimpi adalah seorang lelaki yang baik.Kerana mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah untuk hambaNya yang baik, sedangkan mimpi buruk daripada syaitan, maka tidak akan membahayakan.Oleh itu jika mimpi buruk janganlah diceritakan kepada orang lain sedangkan mimpi yang baik ( dari Allah ) adalah tidak mengapa dicerita kepada orang lain."

Diriwayatkan Abu Said Khudri r.a.Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

" Apabila diantara kamu ada yang mimpi menyenangkan ( memberi khabar gembira ), maka ia bermakna dari Allah. maka bacalah hamdalah dan ceritakan ( mimpi yang baik tersebut kepada orang lain), tetapi sekiranya mimpi yang tidak menyenangkan , maka ia bermakna daripada syaitan.Oleh itu mohonlah perlindungan Allah dari kejahatan ( mimpi dari syaitan ), dan janganlah kamu ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, maka mimpi tersebut tidak akan membawa mudarat."
( Hadis Riwayat Bukhari )
Dari penjelasan kedua-dua hadis tersebut di atas nampak jelas sekali bahawa sikap kita dalam menghadapi mimpi ada dua :

1. Sekiranya anda mimpi sesuatu yang memberitakan tentang kebaikan seperti makan, solat dan lain-lain, maka anda segera bersyukur, kerana anda telah mendapat nikmat dan anugerah dari Allah.

2. Sekiranya anda mimpi yang menakutkan atau membimbangkan, maka sikap yang perlu diambil ialah tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain, sebab jika anda mimpi yang buruk kemudian diceritakan kepada orang lain maka akan dikhuatirkan ia akan menjadi kenyataan.Seterusnya anda mesti secepatnya bertaubat dan memohon kepada Allah agar mimpi yang menyedihkan dan membimbangkan tersebut tidak menjadi kenyataan.

KAEDAH MENGATASI GANGGUAN MIMPI MENURUT ISLAM

   Tidur ialah cara merehatkan badan dan mencari ketenangan fikiran. Sebahagian kita hanya tidur dan rehat secara fizikal tetapi hakikatnya mindanya tidak rehat walaupun ketika dia tidur.

   Rasulullah mengajar kita supaya berwuduk sebelum tidur, membaringkan badan di atas lambung kanan serta membaca beberapa doa. Antara amalan yang diajarkan Rasulullah SAW kepada puterinya Fatimah ra yang mengadu sangat penat dengan bebanan kerja rumah yang banyak, baginda menasihatkan puterinya supaya mengamalkan zikir Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu akbar sebanyak 33 kali.

Mimpi orang Islam ada tiga peringkat.
Pertama: Bisikan jiwa,
Kedua
Godaan syaitan
Ketiga
ialah gambar gembira daripada Allah. Mimpi sebenarnya tidak akan memenatkan
orang yang tidur jika cara tidurnya betul, kecuali jika dia asyik
terjaga daripada tidur dengan gangguan mimpi.

   Jika terjaga, segera bangun berwuduk dan tunaikan solat sunat sebelum menyambung untuk tidur semula. Jika masih gagal, elok berjumpa doktor pakar
bimbang ia penyakit yang perlu diubati.

Tafsir Mimpi Mengikut Islam

* Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

* Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

* Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

* Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

* Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

* Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

* Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

* Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

* Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berdukacita

* Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan amandansentosa

* Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-citaandaakanberjaya.

* Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

* Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalanganataumati.

* Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakanandaakankehilangan harta.

* Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

* Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

* Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

* Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

* Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

* Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

* Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

* Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

* Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

* Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

* Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

* Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

* Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

* Jikadi dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

* Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

* Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

* Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

* Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

   Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya,"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku".Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.
Kesimpulannya Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.


Sunday, January 16, 2011

Hari tanpa plastik..



DBKK isytihar Hari Tanpa Beg Plastik tiga hari seminggu

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah pun mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik selama tiga hari setiap minggu pula sekarang ni iaitu pada hari Isnin, Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2011.Maknanya premis yang terlibat tidak akan memberikan pelanggan beg plastik secara percuma pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Jadi pelanggan mempunyai pilihan untuk membawa beg atau beg plastik yang digunakan masing-masing atau membayar 20 sen untuk setiap helai beg plastik baru.

Berartinya Dirimu

Rasa sayangku...rasa cintaku
Tak terhingga...yang kuberikan
Indah hari-hariku...indah waktuku kini ..
Sejak kau bersamaku...oh

Tak ada karang yang tak pecah
Bila kita saling bicara
Tak akan ada kuncup yang merekah
Bila kita mampu menjaga
Berwarnanya hidup ini
Berartinya dirimu, diriku

Cintailah diriku untuk selamanya
Milikilah diriku untuk selamanya
Hapuslah semua rasa curiga
Hapuslah semua rasa tak percaya antara kita..
 
Kris Dayanti

Cabaran 14 hari bliss..

2 botol sehari untuk penghadaman yang baik..

Sahutlah Cabaran Minuman Yogurt NESTLE BLISS hari ini dan alami perbezaannya.Hanya minum 2 botol (200gx2) NESTLE BLISS sehari selama 14 hari.Ia adalah satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang mengandungi Inulin (serat makanan) dan Kultur Hidup. Apabila digabungkan dengan kebaikan Kultur Hidup, Inulin boleh membantu untuk mengekalkan sistem penghadaman yang baik, agar anda sentiasa dalam keadaan terbaik untuk menempuh hari-hari yang penuh cabaran. Jangan berlengah-lengah lagi. Sahutlah Cabaran 14 hari ini. Sistem penghadaman yang baik bermula di sini.

Apakah itu Inulin?
Inulin, sejenis prebiotik, adalah serat makanan boleh larut yang tidak boleh dihadamkan. Ini membenarkannya sampai ke usus besar tanpa terurai, di mana fermentasi berlaku. Inulin menggalakkan pembiakan bakteria bermanfaat di dalam usus besar kita. Hasilnya, kesihatan usus anda akan bertambah baik. Untuk manfaat anda, kesemua Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS® kini disertakan dengan kebaikan Inulin.

Apakah dia Kultur Hidup?
Kultur Hidup (lactobacillus acidophilus, bifidobacterium lactis & streptococus thermophillus). Bakteria bermanfaat ini membantu mengekalkan keadaan usus yang baik dan kemudiannya menambahbaikkan penghadaman serta penyerapan nutrien yang penting daripada makanan.
Kini anda boleh menikmati kebaikan prebiotik dan kultur hidup dalam setiap Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS®. Malah, anda bukan hanya akan menikmati rasa kelazatan minuman yogurt kegemaran anda tetapi juga boleh menambahbaikkan kesihatan penghadaman anda.

Ciri-ciri Minuman Yogurt NESTLÉ® BLISS®
• Dengan Inulin (serat makanan) dan Kultur Hidup
• Lemak Rendah / 0% Lemak
• Dengan Jus Buah Sebenar
• Tanpa Pewarna Tiruan
• Mengandungi Kalsium

Perisa Minuman Yogurt Lemak Rendah NESTLÉ® BLISS®:
Strawberi / Mangga / Jambu Batu / Buah-buahan Tropika / Kiwi / Blackcurrant / Oren 

Perisa Minuman Yogurt 0% Lemak NESTLÉ® BLISS®:
Kiwi Epal / Markisa Oren / Limau Timun / Pic Mangga

Kebaikan memiliki sistem penghadaman yang baik
• Membantu proses pencernaan - lebih kerap dan lancar
• Membantu penyerapan nutren yang lebih baik dalam badan
• Membantu mengurangkan rasa tidak selesa dalam perut / “bloated-ness”


Jom beli bliss...

Tuesday, January 11, 2011

Masih ada yang sayang..

terima kasih tidak terhingga kepada semua yang bersimpati..hanya allah yang dapat membalas segalanya..

Cara menjimatkan minyak kenderaan..

JUMLAH penggunaan minyak yang meningkat pasti membebankan pengguna kenderaan terutama jika kos ditanggung semakin membebankan. Ikuti panduan pemanduan berikut yang dapat membantu menjimatkan petrol kenderaan anda.Dua peraturan asas yang penting dan perlu kita ingat ialah memandu secara efisien dan memastikan kenderaan diselenggarakan dengan baik. 

Kelancaran pemanduan 
Pemanduan agresif (suka memecut serta kerap kali beralih antara menekan pedal petrol dan pedal brek) amat membazirkan petrol. Sekiranya anda memandu kenderaan dengan lancar anda dapat meningkatkan penjimatan petrol sehingga 33 peratus ketika memandu di lebuh raya dan lima peratus di jalan raya ibu kota. 

Mematuhi had laju  
Secara amnya, ekonomi optimum petrol boleh diperoleh antara kelajuan 90 km/j hingga 100 kmj. Penggunaan petrol semakin meningkat apabila mengatasi kelajuan 100 km/j. Setiap peningkatan kelajuan 8 km/j melepasi 100 km/j meningkatkan penggunaan petrol kereta anda sehingga 5 peratus. 

Penyelarasan enjin 
 Membaiki enjin kenderaan yang tidak setala atau kenderaan gagal ketika ujian pengeluaran asap dapat menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 4 peratus. Bagaimanapun, peratusan ini bergantung kepada faktor seperti jenis pembaikan enjin dan bagaimana kerja pembaikan dijalankan. 

Penukaran penapis udara  
Pemilik kenderaan digalakkan menukar penapis udara kerana penukaran secara teratur dapat menjimatkan petrol sebanyak 10 peratus. Penapis udara kenderaan anda dapat menghalang kekotoran serta melindungi enjin kereta daripada kerosakan. Penukaran penapis udara bukan saja menjimatkan petrol malah memelihara enjin kenderaan anda. 

Pam tayar dengan tekanan yang betul  
Kenderaan anda dapat menjimatkan penggunaan petrol pada kadar 3.3 peratus sekiranya semua tayar dipam dengan tekanan angin betul. Setiap kekurangan 1 psi pada tekanan udara, tayar kenderaan anda menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 0.4 peratus. Jika tayar kenderaan anda kekurangan 10 psi, maka peningkatan penggunaan petrol adalah sebanyak empat peratus. Tayar yang dipam dengan tekanan angin betul akan tahan lebih lama dan lebih selamat. 

Kegunaan minyak pelincir disyorkan 
Anda dapat menjimatkan petrol kenderaan anda pada kadar 1 hingga 2 peratus dengan menggunakan minyak pelincir disyorkan pengeluar. Sebagai contohnya, penggunaan minyak pelincir 10W-30 untuk enjin yang direka bagi menggunakan minyak pelincir 5W-30 meningkatkan penggunaan petrol pada kadar 1 hingga 2 peratus.  

Jangan biar enjin kereta melahu berpanjangan 
Membiarkan enjin melahu bersamaan dengan 0 kilometer setiap liter petrol dibakar dan ia mengakibatkan kehausan enjin. Rancanglah perjalanan anda supaya dapat menjimatkan masa serta petrol.
 
Penggunaan kuasa Cruise  
Dengan menggunakan kuasa Cruise, anda akan memandu pada satu kelajuan tetap ketika di lebuh raya, ia dapat menjimatkan petrol kenderaan anda.  

Penggunaan gear pacuan  
Sekiranya anda memandu kenderaan dengan menggunakan gear ini, kelajuan enjin kenderaan anda menurun. Apabila ini berlaku, ia menjimatkan petrol serta mengurangkan kehausan enjin kenderaan.

Semasa isi minyak
  1. Caranya begitu mudah di mana apabila kita mengisi minyak selalunya kita akan menekan "Alat Pengepam Minyak" pada nozzle pam tersebut secara maksima (genggaman maksima) untuk pengisian yang cepat. Tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang adalah dengan menekan nozzle minyak tersebut secara minima yang boleh. Dengan meluangkan sedikit masa, penjimatan adalah luar biasa kerana jika anda mengisi minyak pada tahap mengepam yang maksima, petrol tersebut akan bercampur dengan gas (lebih banyak gas daripada petrol). Pada kadar yang minima pula hanya petrol sahaja yang akan dipamkan ke dalam tangki kereta kita.
  2. Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.
  3. Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
  4. Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.
Tips2 tambahan
  1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
  2. Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
  3. Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.
  4. Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga.
  5. Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.
  6. Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk.
  7. Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
  8. Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
  9. Kurangkan perjalanan jarak dekat.
  10. Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
  11. Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
  12. Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah. 
dipetik dari info214.blogspot.com 


jangan jadikan kenderaan anda seperti kedai kasut atau kedai buku atau library atau salon seperti ini..

jangan simpan barang2 seperti ini di dalam kenderaan anda..