Klik di sini..

Monday, February 22, 2010

Siapa kata dia tak pandai??


sedang saya mengajar murid2 saya
dengan penuh semangat penuh perasaan dan penuh dedikasi,
(ntah la betul @ tidak kenyataan saya ni,tapi saya yakin saya memang begitu)
tiba2 saya ternampak salah seorang murid
yang sedang asyik membuat sesuatu
tanpa memperdulikan saya yang hampir sebesar gajah ni.
tapi saya buat2 tak nampak
sehingga la siap apa yang dia sedang buat tu.
dan ini la hasil kreativitinya.
(lihat gambar di bawah)
(saya sedang mengajar BM tapi dia buat PSV la pula)
saya: apa yang kamu buat ni?
(dalam nada marah tak marah,padahal dalam hati penuh dengan rasa kagum)
dia : mata terkebil-kebil ja tidak menjawab pertanyaan saya
saya: apa nama yang kamu buat ni?
dia : patung, cikgu
saya: kenapa tidak beri perhatian semasa cikgu mengajar?
dia : membisu seribu bahasa
sedikit rasa marah dalam hati
kerana dia tidak menumpukan perhatian
semasa saya mengajar
pun tidak terkeluar
kerana saya sebenarnya amat kagum
dengan hasil seni murid ni
yang dikategorikan murid berpencapaian sederhana.






akhirnya..
saya denda dia membina satu ayat
berdasarkan benda yang dia buat tu.
dan ini la hasilnya..
saya bercadang hendak membeli plastisin
dan minta dia buat pelbagai jenis patung lagi..
begini la keadaan murid2 saya
bila tengahari..
dalam keadaan yang panas dan bising,
kerana murid2 sesi petang
sedang membuat pelbagai aksi di luar kelas
agak sukar mengawal murid2 ni..
tak apa la,
yang penting mereka masih belajar sesuatu.

2 comments:

911 said...

kreatif betul budak tu Mar.. Dah lah kreatif, dia tau apa yang dia inginkan.

Saya selalunya akan rasa seronok bila jumpa dengan budak yang kreatif ni.

MarZ said...

memang kreatif..
walaupun akademik dia agak lemah tapi mungkin ini la bidangnya di masa depan..siapa bilang dia tidak boleh berjaya,kan..