Klik di sini..

Friday, December 25, 2009

Hari ini dengan 1001 rasa..

Sempena cuti krismas hari ni, saya dan keluarga ambil peluang ke kampung.. Balik ke kampung untuk melawat mama & bapa yang sentiasa sakit-sakit sekarang..

Kami sekeluarga juga mengambil peluang singgah untuk membersihkan halaman rumah kami yang disewakan.. Kesian tengok halaman rumah tu..macam terbiar saja..

sambil tu sempat juga saya bersembang dengan jiran saya dulu di kawasan perumahan itu..jiran saya tu baru saja kematian suami beberapa bulan yang lalu..tiba-tiba hati rasa sedih bila melihat wajahnya juga anak-anaknya yang masih bersekolah..saling bertanya kabar..katanya "anak-anak terpaksa menjadi dewasa sebelum masanya"..penuh rasa simpati di hati saya kepadanya dan anak-anak..saya doakan moga dia sekeluarga akan dapat meneruskan hidup dengan baik-baik saja..

Tiba-tiba petang tadi saya menerima sms dari rakan sekerja saya..
"salam..tolong doakan anak Ustazah Rozanah (Ahmad) baru saja meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya".. Terkedu membaca sms ni..

Saya terus bertanya kepada beberapa rakan lain untuk mendapatkan kepastian tentang berita tersebut.. setelah pasti dengan kabar tersebut,saya terus menghubungi ustazah Rozanah untuk mengucapkan takziah kepadanya.. Mengalir air mata saya mendengar ceritanya.. Sebak sangat-sangat..

Arwah adalah anak sulungnya.. Berumur lebih kurang 6 tahun.. Seorang yang bijak.. Comel & amat sedap mata memandang wajahnya.. Masih jelas terbayang wajahnya yang amat bersih yang selalu saya lihat bila setiap hari jumaat dia mengikut mamanya di tempat kerja.. Moga arwah ditempatkan di tempat yang terbaik di sisiNYA.. Aminnn..

Untuk Zanah..kakak ingin kongsi kata-kata dari Jun..
"Ajal dan maut adalah ketentuan dari ALLAH..Betapa hebat dugaanNYA terhadap kita hamba-hambanya.. Semua untuk menguji keimanannya dan keyakinan kita terhadapNYA..Tapi ALLAH tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita"..

Sedih dan sebak menyelubungi perasaan saya hari ni bila melihat dan mendengar rakan-rakan mengalami kehilangan dalam hidup mereka.. Sedikit penat kerana perjalanan yang sedikit jauh.. Ditambah lagi dengan saya asyik bersin ja sejak pagi tadi..sekejap hidung tersumbat dan sekejap lagi asyik meleleh la pula..

Ya ALLAH..kuatkan iman ku...



gambar ni diambil masa annual dinner sekolah kami & juga majlis perpisahan untuk zanah yang akan berpindah ke tawau pada tahun 2010..zanah yang bertudung hitam..ini kali terakhir saya berjumpa dia..


3 comments:

Anonymous said...

alfatihah buat arwah. setiap kali mendengar berita kanak-kanak dijemput kembali ke sisi Tuhan, mesti saya rasa sedih.

MarZ said...

tu la nurul..
aunty pun masih rasa sebak dada ni bila teringat arwah Ahmad..
dalam fikiran aunty,kalau la aunty yang menghadapi musibah seperti yang kawan2 hadapi,macamana la aunty mau teruskan hidup ni agaknya..

Anonymous said...

kita sama2 doakan cikgu zanah dan keluarga agar tabah serta kuat menghadapi dugaan ini. Allah ada bersama dengan hambaNya. kita banyak2 berdoa ya aunty.