Klik di sini..

Thursday, February 4, 2010

pagi yang gelap..









setiap hari saya dan anak-anak akan ke sekolah lebih kurang jam6.10 pagi.
ketika ni jalan masih lengang dan lampu jalan masih lagi menyala kerana hari masih gelap.
sudah sebulan lebih hari persekolahan dalam tahun 2010 ni.
dalam tempoh itu, setiap hari dalam perjalanan saya,
di kawasan perumahan saya,
saya melihat seorang kanak-kanak sekolah berjalan kaki seorang diri menuju ke sekolah.
dalam anggaran saya kanak-kanak ini dalam Tahun 4.
2 hari lepas saya berhenti untuk bertanya,di mana dia bersekolah.
rupanya dia bersekolah di sebuah sekolah yang terletak lebih kurang 3km dari kawasan perumahan saya. kerana rasa simpati,
saya menawarkan untuk menumpangkan dia kerana saya juga melalui kawasan sekolahnya.
tapi mungkin kerana takut, dia menolak.
dan hari ni saya balik dari sekolah lebih kurang jam3.30 petang,
dengan matahari yang panas terik,
saya melihat kanak-kanak sekolah itu juga dalam perjalanan balik ke rumah.
melihat dia,
dengan badannya yang agak kecil
dan beg sekolahnya yang kelihatan amat berat untuk badannya yang sebesar itu,
saya merasa cukup simpati.
dalam fikiran saya tertanya-tanya,
di mana agaknya ibu bapanya?
apa agaknya kerja mereka?
pernahkah mereka merasa sendiri berjalan kaki menuju ke sekolah anak mereka
di tengah panas terik dan beg sekolah yang berat itu?
zaman sekolah rendah saya dulu,
pernah juga saya berjalan kaki lebih jauh dari itu,
tapi zaman saya dulu tentulah tidak sama dengan zaman sekarang..
bercakap tentang beg sekolah anak-anak..
saya pernah timbang berat beg sekolah anak saya yang di Tahun 5,
hampir 5kg beratnya..
cukup berat untuk mereka sebenarnya..
lain kali saya akan cuba lagi untuk menumpangkan kanak-kanak sekolah tu..

4 comments:

Anonymous said...

kesian kanak2 tu kan aunty. dengan tubuh yang kecil dan beg yang berat berjalan kaki jauh ke sekolah. kuat betul semangat dia ni untuk ke sekolah. masa saya kecil dulu pun saya berjalan kaki dari sekolah rendah ke sekolah ugama setiap petang yang jaraknya 1km, tapi ya lah sekarang ni lain sikit keadaannya kan aunty.

saya pula mahu kongsi pengalaman saya. semasa saya buat ROS di sk kilimu ranau tahun lepas, ada seorang pelajar tahun 2 rumahnya atas bukit. tiap2 hari dia jalan kaki naik bukit mau balik rumah. satu hari saya masuk di kelas dia, berbual2 dengan dia. seronok dapat dekati murid ni. sepanjang minggu saya bertugas ROS di sekolah tu, setiap hari saya duduk semeja makan dengan murid tu di bahagian yang dikhaskan untuk murid yang mendapat bantuan RMT. maka sedikit sebanyak saya tahu tentang latar keluarga dia. walaupun begitu, murid ini sangat pintar dan banyak bertanya.

MarZ said...

tu la nurul.kesian betul aunty dgn dia ba..

kemarin dulu aunty nampak dia bawa payung.sepanjang minggu ni memang panas betul d sini..

masa aunty dulu,jalan kaki macam tidak la teruk sangat sebab pokok2 masih banyak jadi cuaca tidaklah berapa panas.jalan pula ramai2 dengan kawan2 jadi seronok ja rasa..

nurul patut teruskan dekati murid begitu.memang sebagai guru kita mesti dekati murid2 kita,dengar cerita mereka,fahami keadaan mereka,jangan terus menghukum mereka jika mereka membuat sesuatu kesilapan.setiap dari mereka ada kelebihan tersendiri yang kadang2 tidak kelihatan dengan mata kasar..jadi guru ni memang banyak cabarannya juga.

nurul tidak mau cuba ROS di sekolah aunty pula?mari la cuba.pasti nurul dapat pengalaman baru lagi.anas bilang sekolah kami tu budak2 KAMDAR = kg + bandar..ada keUNIKan tersendiri..

Anonymous said...

ya aunty, saya memang terfikir juga untuk buat ROS di kawasan bandar, sebab mau tengok perbezaan keadaan murid2 di kawasan bandar dan luar bandar. tertarik juga saya dengan cakap si anas, sekolah KAMDAR hehe. terima kasih atas pelawaan aunty. nanti kalau jadi dan sudah ada surat, saya bagitau dengan aunty ya?

MarZ said...

bagus tu,cuba semua tempat..aunty pernah bertugas di 12 buah sekolah yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat sudah ni..macam2 aunty jumpa..
ok..jangan lupa bagitau aunty nanti..