Klik di sini..

Monday, January 3, 2011

Pulut ayam..

pulut ayam
selalu kita dengar ketupat pulut, lemang, pulut kuning, pulut panggang, pulut udang dan lain-lain. pulut ayam ni memang jarang didengar kan. saya sekeluarga memang suka sangat makan pulut ayam ni. mana la tau anda ingin mencuba menu ini. ia memang amat mudah untuk disediakan. 

anda cuma perlukan beras pulut (sebaik-baiknya pulut susu), daun pandan, ayam, bawang merah, bawang putih, halia, garam, serbuk kunyit, serbuk perasa, tepung beras dan sos cili thai style.

cara menyediakannya:
rendam beras pulut semalaman, kemudian kukus bersama daun pandan, garam secukupnya dan air  separas beras. tapi janganla masak hingga lembik. biar pulut masih sebiji-sebiji agar terasa keenakannya.
ayam diperap 1 jam dengan tepung beras,serbuk kunyit, garam, serbuk perasa dan halia juga bawang putih yang ditumbuk kasar-kasar bersama kulit. kemudian goreng.
hiris nipis-nipis bawang merah dan goreng untuk dibuat bawang goreng.jangan sesekali gunakan bawang goreng yang sudah siap dijual di kedai kerana anda tidak akan merasai kesedapan pulut ayam anda
setelah siap semuanya boleh la dihidangkan seperti di atas dan makan.

memang sedap..
selamat mencuba..

No comments: