Klik di sini..

Thursday, February 17, 2011

Bertangguh kerana tidak bersungguh...

"mereka sumber kekuatan, mereka sumber semangat"

Agak lama tidak mencoretkan sesuatu di blog ini selepas menghilangkan diri seketika..
Rasanya bukanlah terlalu sibuk sangat sampai tidak ada ruang untuk mencoretkan sesuatu. Namun itulah hakikatnya keadaan  manusia jikalau tidak ada kesungguhan…………..
semua kerja tidak menjadi dan tidak siap.

Itulah sebabnya Islam menganjurkan supaya kita bersegera dalam beramal …… 
jangan ditangguh-tangguh.

Hadis Nabi yang bermaksud:

Jabir r.a. berkata : Pada hari perang Uhud, ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. : Bagaimana pendapat mu kalau saya terbunuh dalam perang ini? Jawab Nabi s.a.w. : Di surga.  Maka segera orang itu membuang beberapa biji kurma yang masih ada dalam tangannya dan sedang dimakan, kemudian dia maju berperang, sehingga terbunuh.          (Bukhari, Muslim)

Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal saleh sebelum datang fitnah-fitnah seperti gumpalan malam yang pekat, seseorang berpagi hari dalam keadaan mukmin, lalu di petang harinya menjadi kafir, dan di petang hari ia dalam keadaam mukmin, lalu di pagi harinya menjadi kafir; dia menjual agamanya dengan harta duniawi.”
(Riwayat Muslim dan Turmudzi ).

“Bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal (saleh) sebelum datang tujuh perkara, (iaitu) tiadalah yang kamu tunggu melainkan hanya kemiskinan yang kamu lupakan; kaya yang membuat kamu melampaui batas; penyakit yang merosak diri kamu; lupa yang membuat kamu seperti anak kecil; maut yang mendadak; datangnya Dajjal, dia adalah sejahat-jahat orang yang sedang kamu tunggu; atau datangnya kiamat, dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit.”                     ( Riwayat Turmudzi dan Hakim)

No comments: