Klik di sini..

Monday, February 7, 2011

Perasaan yang pelbagai..



rasa macam sudah lama tidak menulis di blog ini.
orang lain masing-masing ada cara sendiri untuk meluahkan perasaan. 
dan ini la cara saya. 
blog ini menjadi teman setia saya dalam suka dan duka. 
teman saya menghabiskan masa yang kadang-kadang terasa amat panjang.
teman saya ketika sunyi dalam keriuhan. 
pendengar setia saya ketika saya ingin bercerita tetapi tiada pendengarnya.
memujuk hati kecil ketika hati menangis. 
membalas senyuman yang kadang-kadang terukir di bibir.
kerap ada rasa yang tidak mampu untuk diluahkan kepada sesiapa.
dan di sini la saya meluahkannya dengan cara saya sendiri.
selalu saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menyinggung rasa orang lain tapi saya hanya manusia biasa yang tidak mampu membaca pelbagai rasa dalam diri seseorang..
^^maafkan saya wahai hati yang terasa^^

No comments: