ramai kawan-kawan yang minta resipi spaghetti yang saya hidangkan masa open house hari tu..taukeh sebuah restoran di university plaza pun minta juga tau..hehehe..
ada baiknya saya kongsikan resipi yang saya rasa dibuat secara 'belasah' saja tapi masih digemari ramai..hehehe..macam la pandai sangat memasak kan..tapi sekurang-kurangnya anak-anak atau saya sendiri bole rujuk semula di sini bila saya sudah mula 'hilang ingatan' suatu hari kelak..
sebenarnya semuanya bahan segera saja..memang sangat senang untuk menyediakannya..
bahan:
spaghetti (direbus seperti yang dinyatakan pada paket)
1 botol sos spaghetti kimball (saya suka guna jenis basil & garlic)
1 tin sos spaghetti prego (cheese & herbs)
1 tin sis spaghetti prego (carbonara & mushroom)
1 mangkuk sederhana daging kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
sedikit mayonis
sedikit minyak
cara menyediakan:
spaghetti yang sudah direbus dan disejukkan digaul dengan mayonis dan biarkan lebih kurang setengah jam.
panaskan minyak.
tumis bawang hingga wangi.
masukkan daging kisar.masak hingga masak.
masukkan semua sos.
masak lebih kurang 40 minit-1 jam dengan api perlahan.
tuangkan sos ke atas spaghetti tadi..
siap untuk dimakan..
nota: sos boleh guna separuh botol/tin sahaja untuk keluarga yang kecil..

No comments:
Post a Comment